Pada
4 April, 2013 (Sabtu) tepat jam 12.00 malam berakhirlah tempoh berkempen bagi
parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ke-13 iaitu
Barisan Nasional, gabungan pakatan rakyat PAS, DAP dan PKR serta calon-calon
bebas.
Pihak
pakatan rakyat telah pun membuat laporan polis. Kalangan tentera juga telah
membuat laporan polis bagi menjaga nama baik mereka untuk mengelak dituduh
bahawa tentera digunakan untuk menggundi kali kedua. Kejanggalan lain juga
berlaku apabila terdapat 7 nama yang sama pengundi pos bertindih yang membolehkan mereka mengundi. Laporan polis juga telah dibuat.
Pada
5 Mei 2013 (Ahad) ini seramai 13,268.000 pemilih dijangka akan mengundi pada
pilihan raya ke-13 ini. Mereka akan
mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada atau memilih sebuah kerajaan yang mereka mahu
UBAH bagi masa depan yang diyakini untuk anak cucu mereka.
Apa
yang menyedihkan ketika rakyat Malaysia mahukan satu pilihan raya yang bersih,
SPR seolah-olah mahu mempermainkan perasaan rakyat Malaysia dengan memperlihatkan
beberapa keraguan yang pelik-pelik yang tidak dapat diterima oleh akal. Manusia
merancang Allah SWT penentunya. Kita
berdoa dengan rasa rendah diri, kita serahkan kepada Allah SWT agar kerja-kerja jahat
dapat dipatahkan dengan kuasanya. Apa
yang diperlukan oleh kita bagi penyokong pakatan rakyat ialah bulatkan tekad
tanpa ragu-ragu dengan memangkah ( X ) lambang-lambang pakatan rakyat yang
bertanding DAP ( X ), PAS ( X ) dan PKR ( X ).
Jangan sesekali memangkah lambang dacing BN.
Sebelum
memangkah, tanjaktinggi mencadangkan jika terjumpa lambang dacing ingat muka-muka
pemimpin ini Najib, Muhyiddin dan Mahathir (syaitan yang dikenali) serta
muka-muka menteri-menteri besar dan ketua menteri BN. Siapakah Najib, siapakah Muhyiddin dan
Mahathir dan lain-lain pemimpin BN. Adakah kita masih lagi mahu memberi peluang kepada mereka mentadbir
negara Malaysia ini?. Janganlah pedulikan kepada rayuan Najib “kasihanlah saya
– undilah BN”. Janganlah lagi kita melakukan kesilapan. Jika pada 2008 ada
antara rakyat Malaysia tidak yakin sepenuhnya dengan pakatan rakyat, kali ini
‘sikap tidak yakin’ tersebut hendaklah dicampak jauh-jauh. Kejayaan pentadbiran yang dicapai oleh pakatan
rakyat di negeri Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor dalam tempoh lima tahun lepas adalah bukti jelas
pakatan rakyat berkemampuan mentadbir negara Malaysia. Kini Selangor paling dicemburui oleh BN dan
mereka telah berkempen bermatian untuk mendapatkan Selangor sehingga seolah-olah lupa
Putrajaya.
Tanjaktinggi mengambil kesempatan menyiarkan doa Tuan Guru Nik Aziz pada 3 Mei 2013
jam 03.00 pagi di Kota Bharu semasa
program Munajat Kemenangan PAS, Di Stadium Sultan Muhammad IV. KEKAL Kelantan,
UBAH Putrajaya!!! Ini Kali Lah!!!
"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak
berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat
serangan yang datang dengan pelbagai cara. Oleh itu aku minta kepada Mu
pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.
Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu
dimakan ulat,"
Tanjaktinggi
ucapkan selamat bertenang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai warga
Malaysia. Kepada rakyat Malaysia Semenanjung, Sabah dan
Sarawak sebagai pemilih keluarlah mengundi untuk pakatan rakyat.
INI KALILAH. BUKAN LAIN KALI.
INI KALILAH. BUKAN LAIN KALI.
ABCD
(Asalkan Bukan Cap Dacing)
No comments:
Post a Comment