IKLAN

Tuesday 7 May 2013

MENINJAU KEPUTUSAN-KEPUTUSAN TERPILIH PILIHAN RAYA 2013


Ramai yang mahu melihat keputusan pilihan  raya 2013 bagi parlimen Gelang Patah, Putrajaya, Lembah Pantai, Pasir Emas, Shah Alam.  Terpanggil juga untuk mengetahui keputusan bagi  DUN Sg Rapat, Perak.

Gelang Patah menyaksikan pertandingan antara bekas menteri besar Johor, Dato Hj Abdul Ghani Othman dengan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.  Abdul Ghani dalam kempennya juga dibantu oleh Tun Mahathir menuduh Lim Kit Siang adalah seorang yang rasis. Akhirnya semuanya telah terjawab keputusan pilihan raya bagi parlimen Gelang Patah dimenangi oleh Lim Kit Siang dengan mendapat undian 54,284 mengalahkan Ghani yang mendapat undian 39,522 dengan majoriti 14,762.

Di Wilayah Persekutuan,  Putrajaya  Tengku Adnan Tengku Mansor telah menewaskan  Husam Musa dengan mendapat undian 9,943 sementara Husam mendapat 4,402. Majoriti sebanyak 5,542. Kenyataan sombong Adnan bahawa Husam akan kehilangan wang deposit tidak menjadi kenyataan.

Parlimen Lembah Pantai juga mencuri perhatian dimana Nurul Izza Anwar bertanding dengan Raja Nong Chik Raja Zainal Abdidn (BN). Raja Nong Chik berbangga dengan prestasinya dengan pembinaan longkang-longkang sehingga ada yang menggelarkannya hanya kerja-kerja longkang saja yang dibuat?. Keputusan pengiraan yang sengit akhirnya Raja Nong Chik menerima kekalahan, beliau  mendapat 29,161 undi sementara Nurul Izza memperolehi 31,008 iaitu dengan majoriti 1,847.

Nampaknya Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin kedua-duanya orang kuat Perkasa telah menerima nasib yang sama ditunjukkan dalam bentuk undi. Ibrahim Ali yang mendapat laluan daripada wakil BN yang tidak menyerahkan kertas pencalunan bagi membolehkan beliau bertanding sebagai calun bebas melawan satu sama satu dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (anak TG Nik Aziz).  Ibrahim yang dahulunya mendapat belas ikhsan TG Nik Aziz untuk Ibrahim Ali menggunakan lambang Pas dalam pilihan raya 2008 dan menang di parlimen Pasir Mas telah mengisytiharkan dirinya menjadi calon bebas. Beliau kerap mengutuk dan mencerca Nik Aziz dan kerap meminta Nik Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Pada 5 Mei 2013 keputusan telah memihak kepada Nik Mohamad Abduh dengan undi 33,431 mengalahkan Ibrahim dengan mendapat undian 25,384 majaorit 8,047. Itulah balasannya, tidak dapat kamu lari walau dimana sekali kamu bertanding kalau Allah SWT menghendaki sedemikian, demikianlah jadinya.


Seorang lagi keluarga Perkasa, Zulkifli Nordin yang bertanding di Shah Alam atas tikit BN setelah mendapat watikah daripada Presiden BN, Datuk Seri Najib. Orang inilah yang telah menghina penganut-penganut ugama Hindu (sebagaimana terdapat dalam youtube). Najib kata orang India telah memaafkannya.  Ketika ditanya bolehkah beliau memenangi dalam pilihan raya ke-13, Zulkifli dengan yakin 101% berkata beliau percaya kepada Datuk Seri Najib dan Selangor akan dimenangi oleh Barisan Nasional. Maka mempercayai Najib daripada Allah SWT pada 5 Mei 2013 keputusan pilihan raya telah membuktikan bahawa beliau telah mendapat 38,070 undi ditewaskan oleh lawannya Khalid Samad yang  memperolehi 49,009 undi dengan majoriti 10,939. Sampai hari ini tidak nampak kelibat beliau.

Akhir sekali kita menjenguk pula keputusan di DUN Sungai Rapat, Perak yang ditandingi oleh Hamidah Osman (BN) dengan Radzi Zainon (PAS). Sebelum parlimen/Dun dibubarkan Hamidah kerap mengganggu ceramah-ceramah anjoran pakatan rakyat.  Semasa kempen pilihan raya beliau pernah menunjuk belangnya dengan menarik kolar Lee Boon Chye (PKR) calon parlimen Gopeng, kerana dikatakan mendirikan khemah berhampiran khemah BN.  Semasa kempen beliau, ada menjemput Umi Halfilda berceramah. Beliau juga berceramah dengan kata-kata ugutan untuk membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Pada 5 Mei 2013 keputusan pilihan raya bagi DUN Sungai Rapat (N43) menunjukkan beliau memperolehi undi 16,602 sementara lawannya Radzi Zainon (PAS)  memenangi 19,240 dengan majoriti 2,638.  Inilah kehendak Allah SWT, manusia merancang Allah SWT menentukannya. Ke mana selepas ini Hamidah Osman?. Setiap gerak dan langkah kita samada bersopan atau sebaliknya sentiasa diperhatikan. Inilah balasannya sekiranya kita merasakan diri kita lebih baik, kita lebih kuat sehingga terlupa yang lebih berkuasa ialah Allah SWT.


No comments:

Post a Comment