IKLAN

Wednesday 22 May 2013

PRESIDEN CUEPAC AJAK PEGAWAI AWAM BOIKOT AIR ASIA

www.blogpingtool.com
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman telah memasuki era baru dalam kepimpinan beliau.  Beliau telah mula bermain politik menggunakan pentas Cuepac untuk mempromosi diri sendiri untuk masa depan beliau yang lebih terjamin.   

Janganlah ikut jejak Ezam Mohd Noor (dah bungkus) dan baru-baru ini Waythamoorty (Hindraf ) kerana banyak cakap mengutuk kerajaan tiba-tiba dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Omar Osman boleh buat tuntutan macam-macam untuk pegawai awam jangan menyimpang daripada ini.  Bikin pening kepala Datuk Seri Najib, mungkin tidak lama lagi akan dapat 'senatorship'.

Dalam satu kenyataannya Omar Osman telah menyeru supaya memboikot penerbangan tambang murah Air Asia dan Air Asia X, dengan menyatakan  kuasa 1.4 juta penjawat awam boleh memberi kesan terhadap Air Asia, terutamanya pada musim cuti sekolah, ataupun menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai pilihan terakhir untuk ke mana-mana destinasi. Ajakkan memboikot Air Asia  sama dengan langkah  yang diambil oleh Utusan Malaysia. 

Adakah tindakan Omar ini ada hubungan dengan cemuhan CEO Air Asia X, Azran Osman-Rani dalam twiternya menyatakan bahawa beliau (Azran)  anti-perkauman. Beliau meluat dengan pendirian  pengarang Utusan Malaysia?. Dari apa yang dilapurkan langkah yang diambil oleh Omar berlainan sedikit, ianya berhubung dengan  susulan daripada aduan dan rungutan orang ramai terhadap perkhidmatan AirAsia yang jelas tidak memuaskan.

Bolehkah cadangan Omar ini dilakukan?. Janganlah kerana cadangan untuk  memboikot ini akan membuatkan seramai 1.4 juta pegawai kerajaan tertawa berdekah-dekah. Mereka akan menganggap Omar Osman sudah terjun  bermain politik, sudah mula guna jawatan presiden cuepac untuk politik. Dapatkah Omar mengerakkan penjawat awam memboikot Air Asia?.  Mungkin Omar boleh lihatlah diri sendiri dicermin yang besar dan tanya di depan cermin  ADAKAH BETUL APA YANG AKU LAKUKAN?.  Kalau cermin boleh berkata-kata sudah tentu jawapanya "Lu fikirlah sendiri".

No comments:

Post a Comment