Pada
tahun 2007 Dato’ Sri Dr. Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor dengan
rasa bangganya menghadiahkan penyapu
kepada wakil Majlis Daerah Hulu Selangor pada majlis anugerah Bulan Kualiti
2007 di Shah Alam. Hadiah penyapu tersebut diberi kepada Yang DiPertua PBT dan
Majlis Daerah Ulu Selangor yang telah gagal menunjukkan prestasi cemerlang.
Belum
pun habis beliau menyapu rakyat Malaysia yang tidak sehaluan tersebut, tiba-tiba beliau mahu pula menyapu
portal Malaysiakini supaya tidak putar belit berita, siap dengan amaran
lagi “Jangan main api dengan saya”.
Biasalah
“New broom sweeps well”. Ini semua gara-gara hendak tunjukkah kepada
bosnya cara beliau bekerja tidak seperti Datuk Seri Hishamuddin. Untuk tunjukkan juga kepada ahli-ahli Umno akar umbi. Tak lama lagi Oktober atau
November 2013 ini Umno akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan sempena
Pehimpunan Agong Umno Ke-67. Faham-fahamlah.
Cuma satu saja takut-takut badi penyapu Khir Toyo berjangkit pada
menteri KDN ini. Hati-hati. Tak gitu?.
No comments:
Post a Comment