Berbaloikah
Persatuan Veteran Umno mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot
perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikut kenyataan
seorang ketua pegawai eksekutif AirAsia
X Azran Osman-Rani yang didakwa mencerca akhbar milik Umno Utusan Malaysia. Setiausaha Veteran Umno
Datuk Mustapha Yaakub yang mahu anggota persatuan tersebut menunjukkan reaksi
balas itu atas sikap yang ditunjukkan oleh Azran tersebut. Bolehkah mereka menggugat perniagaan Air
Asia? (klik).
Adakah
dengan kenyataan tersebut boleh dianggap sebagai satu
penghinaan kepada bangsa Melayu?. Patutlah kata Tun Mahathir orang yang berada dalam Umno adalah orang-orang yang bodoh. Nampaknya Utusan tidak boleh
disentuh langsung bagaikan wali. Menyentuh Utusan seperti
menyentuh hak Melayu dalam perlembagaan.
Satu perkara bodoh apabila Persatuan Veteran Umno menggesa Air Asia
memecat Azran. Siapa kamu. Mereka lupa perbezaan antara Air Asia dan Penerbangan MAS.
Janganlah buat-buat tidak faham atau mahu menegakkan benang basah apa yang selama ini telah dilaklukan oleh Utusan Malaysia.
Janganlah buat-buat tidak faham atau mahu menegakkan benang basah apa yang selama ini telah dilaklukan oleh Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment