IKLAN

Monday 20 May 2013

AMARAN ZAHID HAMIDI: MALAYSIAKINI JANGAN MAIN API DENGAN SAYA

http://www.blogpingtool.com
Semalam (20 Mei 2013) Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.  Beliau  berkata portal berita itu perlu berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi (Klik). 

Mulai semalam juga Zahid telah mula membuat pemantauan setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini.  Nampaknya Zahid mempunyai ruang masa untuk membaca satu persatu ayat-ayat, perenggan dalam pemberitaan Malaysiakini.  

Zahid  berkata wartawan Malaysiakini selalu putar belitkan kenyataan. Mengadakan perkara yang tidak ada.  Sambil memberi amaran  “ANDA JANGAN MAIN API DENGAN SAYA, ANDA SELALU PUTAR BELIT”.

Memperkenalkan, inilah Menteri Dalam Negeri Malaysia yang baru dilantik oleh Datuk Seri Najib, sungguh hebat. Sehebat-hebat Zahid tidaklah sehebat Datuk Seri Hishamuddin walaupun dikatakan lembik tetapi dapat mengawal bahasa dan penuturan.  Tidaklah begitu biadap.

Zahid  nampaknya baru sedar dari mimpi.  Beliau hanya nampak kepada portal Malaysiakini.  Tidakkah beliau nampak dan sedar kepada pemberitaan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia?.  Kenyataan dan amaran Zahid tersebut telah mendatangkan malu kepada diri sendiri.  Semasa mengadakan sidang media yang dihadiri  oleh pelbagai media sepatutnya beliau memberi amaran secara umum kepada semua media supaya melaporkan secara beretika, kenapa targetnya hanya kepada Malaysiakini?.

Buatlah apa yang patut Zahid, selagi ada kuasa sementara yang dipinjamkan oleh Allah.  Kuasa sebenar adalah kuasa Allah SWT.


No comments:

Post a Comment