IKLAN

Wednesday 15 May 2013

KABINET NAJIB KABINET TUTUP MULUT DAN BALAS BUDI

BlogPingSite.com
Akhirnya pada 15 Mei, 2013 Datuk Seri Najib telah mengumumkan barisan kabinetnya selepas memenangi pilihan raya ke-13.  Terpanggil untk mengulas beberapa perkara barisan kabinet yang dikatakan seimbang tersebut. 



Pertama yang jelas ialah tiada wakil daripada parti Gerakan dan MCA sebagai mewakili masayarakat Cina.  MCA dalam mesyuarat agong luar biasa (EGM)  sebelum ini telah memutuskan bahawa MCA tidak akan menyertai kabinet sekiranya pretasi parti tersebut dalam pilihan raya tidak memuaskan. Maka itu Najib tidak memasukkan wakil parti itu dalam kabinet, walau bagaimanapun Najib dalam kenyataannya menyebut kedudukan MCA dalam kabinet akan ditentukan kemudian. Sekiranya mereka ubah keputusan EGM mereka. Satu daripada kementerian iaitu Kemterian Pengangkutan yang dipangku oleh Datuk Hishamuddin akan diperuntukan kepada mereka (MCA).

Dalam barisan  kabinet kali ini Najib telah melantik Menteri terdiri daripada ahli parlimen  5 dari Sabah dan 8 dari Sarawak. Sementara Timbalan Menteri pula 4 dari Sabah dan 4 Sarawak. Kita faham perlantikan ini adalah sebagai membalas budi kerana Sabah dan Sarawak menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya 2013.

Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno akhirnya dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan. Pada pilihan raya 2008 Khairy Jamludin tidak dilantik menyertai kabinet sebaliknya timbalan Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim pula dilantik menyertai kabinet. Apa yang dihajati oleh Khairy kini  telah berhasil. Tentu Tun Mahathir tidak banyak cakap, anaknya Mukhriz telah menjadi menteri besar Kedah. Tak gitu?.

Perlantikan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Kedah) sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga mendapat perhatian. Ini adalah sebagai meredakan keadaan berhubung dengan perlantkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar, Kedah dan kejayaan BN mendapatkan Kedah semula daripada PAS. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) yang dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga menarik perhatian. Beliau ialah Pengerusi Felcra. Inilah pertama kali dalam sejarah beliau dilantik dalam jemaah menteri kabinet. Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) pula telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebelum ini beliau sentiasa mempertikaikan perlantikan Menteri Besar Perlis, pada pilihan raya 2008 beliau mempertikaikan perlantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan pada pilihan raya 2013 pula mempertikaikan perlantikan Encik Azlan Man. Jadi sebagai menutup mulut maka berilah jawatan menteri di JPM.

Apa yang diperhatikan dari susunan kabinet Najib, kali ini tiada seorang pun  wakil rakyat mewakili Selangor setelah Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar, timbalan pengerusi BN Selangor tidak dikekalkan dalam kabinet  susulan kegagalan BN untuk merampas semula negeri tersebut dalam pilihan raya 5 Mei lalu. Apo nak di kato.

Sementara itu terdapat lima senator terdiri daripda NGO, tenaga profesional, akademi  dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam kabinet Najib.  Mereka ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan yang masing-masing dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pula dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koprasi dan Kepenggunaan.  Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Dr J Loga Bala Mohan dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan manakala Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waytha Moorthy dinamakan  Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri. Perlantikan Waytha Moorthy amat tidak disangka. Hanya perjumpa dengan Najib pada April lalu telah memberi beliau tempat dalam kabinet Najib. Perlantikanya dipersoalkan oleh P Uthayakumar, yang menyatakan Waytha tidak lagi mewakili Hindraf.  KIMMA (Persatuan India Muslim) juga mempertikaikan perlantikan Waytha dalam kabinet. Kimma yang setia pada Barisan Nasional sebaliknya  Hindraf yang mengadakan demonstrasi menentang BN terpilih.  Ingin juga kita mengetahui siapakah yang mewakili kaum India? Perlantikan Waytha hanya untuk menutup mulut.  Duduk diam-diam jangan bising.

Selamat menjalankan tugas kepada Datuk Seri Najib dan kabinetnya. Amanahlah dalam menjalankan tugas, tidak korup,  menyalahgunakan kuasa, adil dan tidak zalim, melebihkan kroni daripada rakyat.  Ingat, rakyat sentiasa memerhatikan.  Jangan setiap beban akan didahulukan kepada rakyat. Amin

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PENGHINAAN SAMI BUDDHA, SAYS DESA JAYA PEOPLE

    Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

    Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

    Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

    Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

    Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

    Sekian, Terima kasih

    ReplyDelete