IKLAN

Monday 6 May 2013

KEMBALILAH KEPADA KETENTUAN ALLAH. DAN CUBA LAIN KALI LAH

BlogPingSite.com
Kira-kira jam 12.53 pagi 6 Mei 2013 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan bahawa ketika itu Barisan Nasional telah memperolehi 112 kerusi sementara gabungan pakatan rakyat berjumlah 58 kerusi. Tindakan Abdul Aziz yang sambil tersenyum dan tidak sabar-sabar mengumumkan keputusan  seolah-seolah ingin memberitahu bahawa Barisan Nasional (BN) telah memenangi pilihan raya 2013. Ketika itu masih lagi berbaki 52 kerusi yang belum diketahui keputusannya.

Pilihan raya ke-13 adalah merupakan satu sejarah Malaysia dimana Barisan Nasional hanya mendapat sokongan 46.8 peratus sementara pakatan rakyat mendapat 50.3 peratus undi popular. Walau bagaimanapun Barisan Nasional telah memenangi pilihan raya kali ini dengan memperolehi 133 kerusi parlimen manakala pakatan rakyata mendapat 89 kerusi. Kerusi BN telah merosot berbanding pilihan raya 2008 dimana BN memperolehi 140 kerusi dan pakatan rakyat memperolehi 82 kerusi.

Amat mendukacitakan  berbagai laporan penyelewengan telah berlaku dimana terdapat warga asing telah digunakan untuk mengundi BN. Ada diantaranya telah sempat  dihalang dari mengundi oleh petugas-petugas pakatan rakyat dengan cara menahan bas-bas mereka. Beberapa tempat pengiraan undi telah ‘black out’. Ketika pengiraan menyebelahi parti pakatan rakyat. Selepas lampu menyala semula keputusan bertukar menyebelahi Barisan Nasional.  Peti-peti undi masih lagi mahu dibawa masuk walaupun waktu sudah hampir jam 10.00 malam. Logik ke?.  Banyak lagi perkara-perkara silap mata yang berlaku yang memusnahkan ketelusan dan keadilan sebuah pilihan raya.

Pihak tanjaktinggi menyeru kepada penyokong pakatan rakyat supaya bersabar tentang apa yang telah berlaku.  Kita telah berdoa dan menyerahkan kepada ketentuan Allah. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui akan semua ketentuannya.  Manusia merancang tetapi penentunya ialah Allah SWT.

Memang kita sudah bertekad INI KALI LAH dan BUKAN LAIN KALI.  Percayalah kepada kekuasaan Allah dan berkemungkinan akan berlaku pada LAIN KALI LAH.

No comments:

Post a Comment