Pengiraan undi masih lancar dijalankan di semua pusat pengiraan undi. Maka ramai
penganalisa-penganalisa yang berwibawa dan juga penganalisa jalanan telah
membuat beberapa ramalan berhubung dengan keputusan pilihan raya yang berjalan pada hari ini. Sebelum ini Dr Hatta Ramli dari parti Pas
telah meramalkan 9 negeri akan jatuh kepada pakatan rakyat. Lim Kit Siang pula meramalakan 7 buah negeri. Ramai juga yang meramalkan pakatan rakyat
akan memenangi pilihan raya kali ini seterusnya akan membentuk kerajaan di
Putrajaya. Beberapa hari yang lepas Tun
Dain Zainuddin menyatakan Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya dengan
majority dua pertiga. Boleh ke. Pernah Tun Daim meramalkan pada pilihan raya ke-12 bahawa lima buah negeri akan jatuh
kepada pakatan rakyat. Ramalan Tun
betul. Tetapi kali ini walau apa pun Tun
ramalkan ianya tidak akan memihak kepada Tun, ini kerana momentumnya 360 darjah
sudah bertukar.
Pada
pilihan raya 2008 tanjaktinggi juga ada meramalkan dikalangan kawan-kawan
bahawa pakatan rakyat akan memperolehi 80 hingga 85 kerusi parlimen, ramalan
tersebut hampir tepat iaitu 82 kerusi.
No comments:
Post a Comment