IKLAN

Sunday 26 May 2013

RIDUAN TEE: TUTUP DADA PRAMAGURI BUKAN SERANG UTUSAN

BlogPingSite.com
Riduan Tee Abdullah menyarankan agar syarikat penerbangan tambang murah AirAsia lebih menumpukan kepada usaha untuk menyediakan pakaian sopan kepada pramugari wanitanya dan bukan menyerang akhbar milik Umno itu. 

Riduan dalam tulisannya  mengulas kenyataan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani yang menyata rasa meluatnya ke atas pendirian pengarang Utusan.

Tanjaktinggi cukup setuju 102% (lebih 1% daripada Zulkifli Nordin) dengan  Riduan  yang menyarankan  supaya Air Asia (Azran) menumpukan usaha menyediakan pakaian sopan untuk pramaguri wanitanya.  Yang ini memang kita setuju tanpa dolak-dalik  Kita bagi tabik spring kepada Riduan.  Pandangan yang bernas seperti ini yang kita mahu dengar.

Tapi bila meneruskan bacaan “Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah itu. Tidak perlu campur perkara di luar bidang.  Kalau tak tahu lebih baik diam”, ini  yang menjadi persoalan. Jelas  sekali  Riduan juga pejuang tulin mempertahankan Utusan Malaysia.  Azran dengan terang-terangan menyatakan bahawa beliau anti-perkauman dan membidas sikap rasis pengarang Utusan Malaysia. Manakala  Riduan minta Azran jangan campur perkara di luar bidang dan minta jika tidak tahu lebih baik diam. Siapakah Riduan untuk meminta Azran diam?.  Janganlah untuk memperbodohkan orang yang tidak bertaraf professor. Tidak perlu untuk menjadi professor  untuk membezakan antara rasis dan tidak.

Bila berfikir sejenak, apa yang diusahakan oleh Datuk Seri Najib dalam gagasan 1Malaysia tidak akan berhasil kerana sikap perkauman dikalangan pemikir, pemimpinnya dan juga media mereka.  Apa kata  Muhyiddin “I am Malay first”. Kepada Riduan tidak perlu bermatian mempertahankan Utusan.  Apa yang diperkatakan oleh Azran dalam media sosial ada kebenarannya.

No comments:

Post a Comment