IKLAN

Friday 10 May 2013

WALAU APAPUN ALASANNYA JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR MENJADI PUNCANYA

BlogPingSite.com
Heboh berita mengatakan bahawa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dengan membawa bersama-samanya 11 orang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini memenangi kerusi parlimen. Satu hebahan untuk mengadakan sidang media di hotel De Palma Ampang pada 10 Mei, 2013 juga telah dimaklumkan.

Pada 9 Mei dimaklumkan bahawa sidang media dipindahkan  ke pejabat PKR di Tropicana pada 10 Mei. Ramai yang menganggap bahawa berkemungkinan benar bahawa Azmin akan bertindak meninggalkan PKR setelah meneliti tweetnya yang membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berbagai-bagai sangkaan.

Hari ini 10 Mei dalam sidang medianya Azmin menyatakan bahawa beliau akan kekal bersama parti dan tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi sebagai wakil rakyat Gombak dan Bukit Antarabangsa untuk tempoh lima tahun lagi.  Beliau juga menafikan spekulasi bahawa beliau menginginkan kerusi menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam sidang media tersebut Azmin mempertikaikan tindakan presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah menghantar surat kepada Sultan Selangor mencalonkan perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tanpa persetujuan PKR negeri.  Dari senario yang berlaku adalah jelas bahawa salah satu faktor yang menyebabkan perkara ini menjadi satu isu ialah kerana jawatan menteri besar, walaupun dinafikan oleh Azmin. Jika tidak mengapa perlu timbulkan surat Dati Seri Wan Azizah?. Syukur kehadrat Illahi bahawa Tan Sri Khalid  akan dilantik semula sebagai menteri besar Selangor.  Ramai yang percaya pertambahan kerusi bagi pakatan rakyat di Selangor dari 36 kerusi (2008) kepada 44 kerusi (2013) adalah faktor Tan Sri Khalid. Rakyat Selangor dari berbagai bangsa telah memberi mandat dan keyakinan yang besar terhadap beliau menerajui Selangor.  Beliau yang pernah diasak cukup hebat dengan fitnah oleh Umno dalam siri untuk merampas negeri Selangor telah berjaya dengan tabahnya melalui kemelut tersebut. 

Oleh itu Azmin janganlah mempengaruhi minda adun-adun dan ahli parlimen PKR yang mengelilingi beliau  untuk mengadu-domba.  Biarlah  Tan Sri Khalid menjalankan tugasnya untuk 5 tahun buat kali kedua bagi melaksanakan manifesto pilihan raya pakatan rakyat. Jika ada perkara yang tidak begitu selesa perkara ini boleh dibawa berbincang untuk kebaikan.

No comments:

Post a Comment