IKLAN

Tuesday 14 May 2013

TEMPOH BERSARA UMNO BN DILANJUTKAN KEPADA 60 TAHUN

www.blogpingtool.com

Selepas tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Cina dalam pilihan raya ke-13, maka timbul kenyataan Datuk Seri Najib mengenai ‘tsunami Cina’.  Selepas itu diikuti dengan  kenyataan demi kenyataan pemimpin-pemimpin Umno umpama mengugut dan menghasut. Terbaru daripada bekas hakim mahakamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dengan  menuduh Cina merancang untuk “merampas kuasa politik” daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari “setia kawan” Melayu. “Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah,”  “Apabila Melayu dikhianati, akan ada tindak balas dan Cina mesti menanggung akibatnya dari tindak balas Melayu.” kata beliau dipetik dari Malaysiakini dalam satu forum bertajuk “Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah” anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (klik).

Tidak habis begitu saja, kini timbul pula beberapa NGO Melayu tampil menggesa bangsa Melayu   memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa membantu parti pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13. Antara ahli gabungan NGO tersebut yang dinamakan Gabungan NGO Islam 1Malaysia itu adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, dan Majlis Belia Palestin Malaysia. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bagaimanapun berkata boikot itu buat masa ini ditujukan kepada lima syarikat sahaja kerana dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan seharian jika dilakukan secara besar-besaran. "Kalau kita boikot semua mungkin kita pun tak dapat meneruskan kehidupan," katanya. Faham pun kalau hendak boikot pandang kiri dan pandang kanan dulu, tiga hari peniaga Cina tutup kedai sudah kelam kabut (klik).

Paling menyedihkan ialah isu perpaduan sudah tidak dipedulikan bahkan masyarakat Melayu telah dimomok dan diperbodohkan oleh pemimpin Umno dengan isu tragedi 13 Mei. Sekiranya pakatan rakyat menang, agama Islam akan dipinggirkan.  Orang Melayu yang bangang terutama masyarakat luar bandar digugusan felda amat mudah terpengaruh kerana hidup  dan mati mereka kerana Umno.  Tiada kuasa lain yang boleh membela nasib mereka.

Kini masyarakat Malaysia berbagai kaum terutama golongan muda  selepas pilihan raya ke-13 telah bersatu menolak politik perkauman yang sedang disemarakkan oleh pemimpin Umno.  Mereka sungguh tidak percaya disebalik slogan 1Malaysia, Najib sendiri telah menunjukkan dirinya sebenar bahawa beliau juga bersifat perkauman menyalahkan masyarakat Cina tidak memihak kepada parti Barisan Nasional. Lihat saja kepada Suara Rakyat Suara Keramat (Protes Keputusan PRU Ke-13) yang dihadiri oleh anak-anak muda berbagai kaum melebihi angka 30 ribu hingga 120 ribu menunjukkan mereka memprotes bukan sahaja kepada SPR tetapi kepada pemimpin yang rasis.

Dari senario yang dipaparkan amat jelas  Umno BN diramalkan pada pilihan raya ke-14 akan datang ini  akan di bersarakan kerana  mencapai umur 60 tahun iaitu bersara wajib.  Ini bermakna pada pilihan raya ke-14 iaitu dalam tempoh lebih kurang 4 tahun lagi (jika diadakan pilihan raya dalam tempoh 4 tahun) Umno BN mahu tidak mahu akan dibersarakan. Ini berdasarkan sikap pemimpin Umno kini telah menanam bibit kebencian terhadap bangsa Cina termasuklah memboikot perniagaan mereka.  Mereka lupa bahawa bangsa Cina sebenarnya mahukan perubahan menolak rasis dan juga rasuah, salahguna kuasa dan tidak amanah pemimpin-pemimpin.

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PENGHINAAN SAMI BUDDHA, SAYS DESA JAYA PEOPLE

    Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

    Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

    Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

    Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

    Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

    Sekian, Terima kasih

    ReplyDelete