IKLAN

Saturday 4 May 2013

5 Mei 2013 MENGUNDI INI KALILAH

www.BlogPingSite.com
5 Mei, 2013 (Ahad) rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi berpeluang untuk mengundi bagi menentukan nasib masa depan negara iaitu sebuah negara yang diidamkan ‘Malaysia Baru” untuk kesejahteraan keluarga dan genarasi mereka.

Hari ini bagi penyokong perubahan yang bakal dibawa oleh pakatan rakyat telah bulat dihati mereka untuk memangkah lambang-lambang parti pakatan rakyat. Hari ini setiap rakyat yang layak mengundi mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapakah yang harus diberi kuasa untuk memerintah dan mentadbir negara ini bersih dari rasuah, salahguna kuasa, beramanah, tanpa ketirisan, adil tidak menzalimi rakyat.

Pakatan rakyat telah menunjukkan pentadbiran yang bersih dari rasuah di ngeri-negeri yang ditadbir oleh mereka seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.  Maka tiada sebab untuk mengatakan pakatan rakyat tiada pengalaman untuk mentadbir sebuah negara Malaysia.

Hari ini adalah hari penentuan hidup atau berkubur parti Barisan Nasional (BN) atau pakatan rakyat.  Sekiranya Umno BN kecundang dalam pilihan raya ke-13 ini, maka Umno BN tidak akan bangkit-bangkit untuk tempoh yang lama.  Begitu juga sebaliknya jika pakatan rakyat tidak melepasi pilihan raya pada 5 Mei ini maka menjadi sukar meneruskan agenda rakyat setrusnya.

Hari ini peluang yang cukup baik untuk kita memangkah untuk pakatan rakyat yang menjanjikan satu perubahan untuk rakyat.  Oleh itu janganlah mempersiakan peluang ini.

UNDILAH PAKATAN RAKYAT

INI KALILAH. BUKAN LAIN KALI

1 comment:

  1. Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

    ReplyDelete