IKLAN

Tuesday 22 January 2013

TUN MAHATHIR MAHU SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) SIASAT PEMBERIAN WARGANEGARA OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN JANGAN HANYA DISABAH SAHAJA

Ping site
Benar kata perpatah Melayu, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.  Terlajak perahu boleh diundurkan dan jika terlajak kata buruk padahnya. Banyak lagi perpatah Malayu yang merujuk kepada disebabkan sesuatu yang membawa padah.  Itulah yang mahu diungkapkan terhadap perilaku mantan perdana menteri Tun Mahathir dalam soal memberi kad pengenalan kepada pendatang asing terutama Filipina di Sabah. Beliau mengakui bertanggungjawab dalam perkara ini, walau bagaimanapun yang peliknya beliau seperti mahu menyelamatkan diri menyatakan  tindakan beliau berkenaan mengikut undang-undang.  Mahathir kemudian mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

Selepas menerima kritikan terhadap  tindakannya memberikan taraf kerakyatan kepada 200,000 pendatang asing di Sabah ketika beliau menjadi perdana menteri, beliau muncul mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Ini untuk menunjukkan perbandingan dan berlaku adil (klik).

Berdasarkan kepada cadangan Mahathir tersebut boleh kita fahami bahawa beliau bukanlah  perdana menteri yang mahu membina satu bangsa Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum yang hidup dalam sebuah negara yang aman, sehingga sanggup menghina apa yang termaktub dalam kontrak sosial pemberian warganegara kaum Cina, India dan kaum-kaun lain sebelum Malaya merdeka.

Kaum Cina dalam parti-parti MCA, Gerakan, NGO-NGO termasuk juga  DAP, kaum India dalam parti-parti MIC dan PPP hendaklah mengkaji apakah yang dikehandaki oleh Tun Mahathir sehingga mempertikaikan pemberian warganegara kepada bermestautin  bangsa Cin dan India sebelum Malaya merdeka yang diberikan oleh Tunku Abdul Rahman. Ini satu penghinaan.  Mahathir tidak jujur.  Setelah tersepit atas perbuatan masa lalu bagi mengekalkan kuasa beliau, kini beliau  merapu.  Benar kata Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Mahathir tidak lena dan tidak dapat tidur malam akhir-akhir ini.

Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari, berkata, Akta Hasutan boleh dikenakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoal kedudukan orang Cina dan India yang diakui perlembagaan. Kata beliau seterusnya  “MCA dan MIC patut kutuk Mahathir sebab bekas PM itu mempertikaikan kedudukan orang Cina dan India. Mereka juga boleh buat laporan polis sebab Mahathir seperti berkata kedudukan warganegara mereka didapati secara tidak sah”.

Pelbagai pihak mengutuk kenyataan Mahathir tersebut. Dalam kalangan Umno BN, kenyataan Mahathir tersebut dianggap mengundang larinya  sokongan bangsa Cina dan India dalam pilihan raya ke-13 yang akan ini. Perkara yang paling menyedihkan apabila Mahathir senang-senang menyalahkan Tunku lebih teruk dari beliau dalam isu memberi warganegera kepada kaum pendatang.  Jangan lupa Mahathir kamu buat tidak ikut undang-undang sedangkan Tunku melakukannya mengikut peraturan dan kehendak undang-undang.

Jika diamat-amati dalam tempoh dua tiga tahun terakhir mandat kerajaan Barisan Nasional, apa yang diucapkan oleh Mahathir semuanya membawa padah kepada Umno BN. Sekali beliau membuat kenyataan ia tidak menerima pujian sebaliknya dihina sehina-hinanya.  Tiada hormat orang kepadanya sebagai negarawan sebaliknya beliau dianggap sebagai bapak syaitan dikenali.

Kita juga seharusnya bersyukur kerana apa yang dilakukan oleh Mahathir tersebut amat memudahkan lagi bagi parti gabungan pakatan rakyat mengambil alih tampok pemerintahan Putrajaya.  Inilah yang ditakuti sangat-sangat oleh Mahathir yang sentiasa diperhatikan dan dikejar  oleh bayang-banyangnya sendiri.

Sejauh ini RCI yang sedang berjalan di Sabah telah timbul nama orang-orang yang terlibat dalam memberi kad pengenalan dan membolehkan mereka mengundi di Sabah. Siapakah pula yang terlibat di Semenanjung yang heboh diperkatakan dan dibuktikan oleh pakatan rakyat rakyat asing dikatakan diberi kad pengenalan dan dibolehkan mengundi dalam pilihan raya yang akan datang.  Jika perkara ini benar ini bolehlah di anggap petualang untuk merosakkan negara Malaysia.

Walau apa-apa pun kalungan ucapan Terima Kasih kepada Tun sebab Tun berjaya dalam memusingkan hati-hati kaum Cina dan India untuk menyokong parti pakatan rakyat. Usaha Tun tidak sia-sia. Tun bolehlah bersedia dengan labu untuk terjun supaya tidak lemas.  Orang akan iringin Tun terjun dengan nyanyian BIARKAN, BIARKAN.

No comments:

Post a Comment