IKLAN

Wednesday 2 January 2013

GENDANG PERANG DALAMAN UMNO BERMULA

BlogPingTool.com
Pemimpin-pemimpin Umno berbelah bahagi dalam usaha untuk menyelamatkan Umno.  Ada antara mereka merasa ‘fade-up’ tidak memperdulikan apa akan jadi kepada Umno, ini kerana pucuk pimpinannya iaitu Datuk Seri Najib telah menjadi beban dan masalah kepada Umno.  Merdeka Centre yang membuat kajiselidik mendapati  populariti Najib hanya meningkat 1 peratus (65%) sahaja setelah bermacam usaha  terutama BR1M ditaburkan oleh beliau.

Kini Umno terpaksa melakukan langkah yang sama sekali lagi untuk menurunkan pemimpin nombor satu iatu presidennya sama seperti dilakukan terhadap mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009.  Orang yang memainkan peranan menurunkan Tun Abdullah ketika itu ialah orang yang bermulut celupar (meminjam kata-kata Tuan Guru Nik Aziz) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Kini telah kedengaran dari dalaman Umno untuk meminta Muhyiddin memukul gendang yang sama semasa menurunkan  Tun Abdullah dipukul sekali lagi untuk Najib pula dari tahta demi menyelamatkan Umno.

Pemimimpin dan ahli Umno sudah dapat merasakan bahawa jika langkah ini tidak dilakukan, berkemungkinan Umno tidak bangkit-bangkit lagi untuk beberapa dekad yang akan datang.  Tebalnya daki-daki di badan Najib yang tidak hilang-hilang dan ditambah lagi pendedahan terbaru oleh Deepak Jaikishan yang melibatkan Najib dan isterinya Rosmah terlalu malang bagi Umno.  Kerosakan dialami oleh Najib tidak dapat ditutupi lagi dalam apa bentuk sekali pun.  Isu besar untuk memburukkan pihak pembangkang tidak ada langsung. Jika adapun isu tayang semula ‘Amanat Tuan Guru Haji Hadi’.  Ini pun tidak menjadi.  Paling senang gunakanlah isu-isu perkauman.  Burukkanlah pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, katakan “rakyat baru tahu warna sebenarnya pakatan rakyat. Melayu akan hilang keistimewaan apabila pakatan rakyat memerintah.  Negara akan bangkrap.  Negara akan jadi huru-hara jika pakatan rakyat berkuasa.  Tidak juga berkesan.'

Ada suara-suara yang mahukan Muhyiddin seberapa segera maksudnya sebelum pilihan raya ke-13 menggantikan Najib, seterusnya mengambil langkah dalam masa terhad ini memulihkan Umno dalam apa cara sekalipun.  Mereka tidak mahu apa yang terjadi kepada Umno BN  pada pilihan raya 2008 berulang lebih teruk pada PRU 13 yang akan datang ini.

Kita juga ingin melihat adakah Muhyiddin berani memulakannya.  Semasa penentangan terhadap Tun Abdullah dahulu Muhyiddin hanya memegang jawatan menteri, kini jawatan penting Timbalan Perdana Menteri. Hanya selangkah ke hadapan.  Dulu bolehlah bekerjasama dengan Tun Mahathir kerana Mahathir sendiri mempunyai dendam kesumat terhadap Abdullah.  Jika bekerjasama dengan Mahathir bolehkah menghasilkan untungnya.  Dalam keadaan yang kritikal ini Mahathir ‘play safe’.  Beri sokongan kepada  Najib memujinya terang-terangan.  Menyokong Muhyiddin secara diam-diam. Kedua-dua membawa keuntungan kepada anaknya Mukhriz.  Inilah gaya syaitan yang dikenali.

Jika diperhatikan senario ini, tidak seorang pun berani bersuara meminta Najib meletakkan jawatan.  Suara itu akan memakan diri mereka.  Mahu tidak mahu puak-puak Umno kena menunggu selepas keputuisan pilihan raya ke-13.  Sekiranya BN kecundang maka lebih senang untuk menurunkan presiden Umno dan BN tanpa rasa takut.

Gendang Umno berbunyi tetapi bunyinya hanya disekitar telinga orang-orang yang mahu menaikkan Muhyiddin sahaja.  Walau apa pun itu adalah urusan rumahtangga Umno, biarlah mereka uruskan sendiri kubur-kubur mereka. Kita doakan supaya mereka tidak kalut dan boleh menerima jika kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat. AMIN.

No comments:

Post a Comment