IKLAN

Tuesday 8 January 2013

Persembahan Tarian Wanita Seksi Majlis Makan Malam 'Sekalung Budi Segunung Intan' Anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam Tiada Dalam Aturcara Dan Tidak Diundang

Ping Blog
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob terpaksa bersilat dan bertaici mengulas mengenai persembahan tarian oleh sekumpulan wanita dalam majlis makan malam 'Sekalung Budi Segunung Intan' anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam, pada 4 Januari lalu (klik).

Dalam majlis tersebut dikatakan diselitkan dengan persembahan tarian sekumpulan wanita berpakaian seksi beraksi lucah. Menurut ACP Zahedi Ayob persembahan tarian itu tidak ada dalam acara  dan pihaknya tidak menempahnya dan  ianya dipersembahkan secara mengejut.  


Blog tanjaktinggi percaya apa yang diperkatakan oleh ACP Zahedi Ayob tersebut. Perkara ini mungkin diketahui oleh segelintir daripada AJK penganjurnya secara berahsia. Mungkin perkara ini berlaku  kerana ada pihak-pihak yang mahu menjalin hubungan dengan pihak polis terutama Jabatan Siasatan Jenayah, Shah Alam dengan menghantar secara mengejut kumpulan penghibur wanita seksi tersebut.

Majlis itu dijalankan secara tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota pangkat rendah dan dihadiri anggota dan pegawai JSJ Shah Alam sahaja.  Memang benar walaupun dijalankan secara tertutup, kamera dan mulut tidak dapat ditutup. Sebab itu rakaman gambar tarian pada majlis tersebut berlegar di laman sosial.  Maka tidak dapat dielakkan tercemar juga PDRM.

No comments:

Post a Comment