IKLAN

Wednesday 30 January 2013

NASHARUDDIN DIPECAT DARI MAJLIS SYURA, ORANG PAS HENDAK MENANGIS PUN TIDAK, HENDAK KETAWA PUN TIDAK. PELIKNYA PUAK UMNO HISTERIA UMPAMA DIRASUK

Ping site
Seronok sangat-sangat puak Umno memainkan isu Nasharuddin Mat Isa yang dipecat dari Majlis Syura Pas. Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib sekembali dari lawatan Gaza yang membawa sama Nasharuddin dalam rombongannya terus membuat kenyataan bahawa pengguguran Nasha tersebut ada tindakan politik dan kena mengena Nasha mengikuti rombongan beliau ke Gaza.

Nasharuddin masih ahli Pas.  Beliau  ialah anggota Parlimen Bachok.  Dalam satu kenyatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, ini sebagai mengulas mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu (klik) . Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya. 

Pemecatan Nasharuddin sebenarnya adalah hal rumah tangga parti Pas.  Umno sangat-sangat mengambil berat berhubung dengan pengguguran Nasha dari Majlis Syura Pas. Maka beratur panjanglah puak-puak Umno ini mengambil tempat untuk membuat ulasan dan tumpang semangkuk untuk menggamatkan isu ini dengan diiringi akhbar pencacai dan juara fitnah. Tun Mahathir menganggap ada orang Pas tidak suka melihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN. Mahathir menyatakan terpulang kepada Nasharuddin mahu mengubah paltfom perjuangan dengan keluar daripada Pas.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong PAS akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin. Tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan Pas.  Anggota parti bukan ‘pak turut’.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula mencabar parti Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu. Beliau ingin lihat beraniukah Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi memecat Nasharuddin.

Presiden Jalor Tiga (Jati), Dato' Dr Hasan Hj Mohd Ali menganggap tindakan Majlis Syura yang menggugurkan keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari badan itu sudah dijangka malah turut dinanti-nantikan oleh pemimpin ‘parasit’ dalam parti Pas.  Inilah kenyataan popular Hassan Ali 'parasit'


Sementara itu lain pula apa yang dinyatakan oleh Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff serta Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling.   Dr Mohammad Agus Yusoff menyatakan  isu Nasharuddin ini tidak memberi kesan samada kepada Pas atau pengundi. menurutnya Nasharuddin Ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada politik tanah air.  Ini kerana beliau telah lama terpinggir. Dr Mohammad Agus menyatakan  "PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak." 

Sementara itu Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling sependapat dengan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, faktor Nasha tidak akan banyak mempengaruhi senario politik menjelang pilihan raya. Nasha tidak ada pengikut yang kuat,  tidak banyak reaksi dari anggota PAS berhubung dengan pemecatan Nasharuddin tersebut. Isu Nasha ini juga tidak memberi sumbangan besar kepada kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.

Isu ini hampir seminggu dicanai di media dan TV pencacai Umno.  Sebenarnya Umno tiada isu besar  lagi untuk diputar dan digoreng oleh Umno. Isu yang diputar pun tidaklah sensasi video lucah.  Oleh itu isu yang berbaki ini putarlah selagi yang boleh asalkan ada air lior untuk dijana.

No comments:

Post a Comment