IKLAN

Saturday 12 January 2013

AKHIRNYA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SELAMAT DIADAKAN


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari 2013 selamat disempurnakan anjuran parti pakatan rakyat bersama-sama Ngo-Ngo lain yang diadakan di venue bersejarah tempat penisytiharan kemerdekaan Malaysia tahu 1957, Stadium Merdeka. Himpunan yang diadakan cukup aman setelah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan menjadikan perhimpunan kali  ini sebagai ‘detik bersejarah’ bermaksud tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.


Sungguhpun pihak polis telah memberi jaminan, pegawai kerajaan, pelajar, guru-guru telah diberi amaran supaya tidak mengambil bahagian dalam himpunan HKR.  Ketua Setia Usaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa mengeluarkan kenyataan supaya tidak menyertai perhimpunan ini kerana ianya dianjurkan oleh parti politik. Mungkin KSN bercakap dalam keadaan separuh sedar, berapa ramai pegawai kerajaan dan para guru yang telah dipaksa menghadiri himpunan gelombang biru, gelombang merah anjuran Umno BN.  Parti Umno BN bukan parti politik kah?.  Menteri Pengajian Tinggi,  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga memberi amaran kepada mahasiswa supaya tidak menyertai perhimpunan HKR.  Untuk lebih sensasi lagi orang yang tidak sayang mulut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah menggelarkan himpunan HKR ini sebagai Himpunan Shamsidar ia itu untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri Azmin Ali, Shamsidar (sudah tidak ada modal lagi) sehingga setiap malam diulang-ulang perkataan ini di TV pencacai Umno tersebut.

Apa yang cuba  dilakukan tidak langsung menjadi penghalang kepada perjalanan himpunan HKR ini. Lihat sahaja video di youtube, peserta datang dalam kumpulan-kumpulan dari berbagai arah dengan berdisipilin yang tinggi dan tertib.  Tiada gangguan lalu lintas dilaporkan berlaku lebih-lebih lagi ‘marshal’ iaitu Unit Amal, Pas ditugaskan untuk mengawal keadaan dari segi lalu lintas, displin dan menghalang peserta jika ada melakukan sifat-sifat provokasi.

Perhatikan gambar-gambar  dan klip-klip video yang ada di alam maya, tentu, siapa yang cintakan keamanan untuk perubahan akan menitiskan air mata kerana sambutan rakyat yang datang secara sukarela untuk mengambil bahagian amat luar biasa.  Stadium Merdeka di bahagian yang mempunyai tempat duduk boleh memuatkan seramai 30,000 orang.  Di tengah padang jumlahnya melebih daripada tempat duduk.  Di luar stadium melimpah sehingga Jalan Loke Yew, ini belum mengambil kira di kawasan Stadium Negara dan Jalan Hang Tuah.  Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, pihak polis mula-mulanya menganggarkan jumlah kehadiran ialah 80,000 angka ini satu kesilapan,  kemudian membuat pembetulan hanya 45,000 orang yang hadir luar dan dalam stadium.  Mungkin kiraan yang dibuat oleh pihak polis menggunakan formula Rais Yatim.

Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat didapati tidak mematuhi syarat untuk mengumpulkan hanya 30,000 orang. Ini adalah satu pelanggaran syarat yang dipersetujui (klik). Adoi, perhimpunan ini bukannya  pakai tikit.  Ini perhimpunan rakyat yang sebanyak mungkin mahu menyertainya. Untuk menghalang orang memasuki stadium adalah satu perkara yang mustahil.

Di hari yang sama sebelah pagi lebih 15,000 anggota Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini  membanjiri Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih. Mereka rata-ratanya berbangga memakai baju kemeja-t tertera lambang BN dan wajah Najib.   sebagai tanda menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  Rupa-rupanya mereka datang hanya untuk terima beras dan ‘goodies’ selepas itu sebelah petangnya ada antara mereka menyertai HKR. Tertipu Najib.

Apa yang dimahukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjadikan perhimpunan kali  ini  sebagai ‘detik bersejarah’ telah terbukti.  Tiada berlaku provokasi dan tiada sebarang insiden pelanggaran undang-undang telah dilakukan, ini disahkan sendiri oleh ACP Zainuddin Ahmad “tidak ada insiden atau tangkapan yang dibuat sehingga berakhirnya perhimpunan tersebut.”

Dalam himpunan ini Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melaungkan semangat ‘Merdeka’ sebagai tanda untuk kemerdekaan rakyat kali kedua untuk rakyat.  Inilah perhimpunan bersejarah dapat mengumpulkan rakyat hampir angka 200,000 orang (kalau Rais Yatim kira 2,000 orang sahaja).  Secara bersemangat meraka ucapkan bahawa inilah perhimpunan terakhir sebelum pakatan rakyat mengambil alih Putrajaya.


No comments:

Post a Comment