Pembukaan
Tahun 2013 menjadikan politik negara semakin mencabar. Umno BN akan menjaja di corong-corong radio,
kaca TV dan akhbar miliknya mengenai ‘Amanat Tuan Guru Haji Hadi’ yang diputar
24 jam sehari. Kerana tiada isu lain.
Pihak pembangkang pula akan membawa perkara-perkara yang bermaklumat kepada rakyat, bukan fitnah selain apa yang berlaku berhubung dengan Pendedahan Deepak, Wang Haram RM200 Bilion, Skandal Scorpene, Akuan Bersumpah Bala, Perlaksaaan AES dan terbaru Wang Pencen Bekas Tentera di songlap.

Jelas
dari apa yang berlaku rakyat sudah nampak bahawa inilah kerja kerajaan Barisan
Nasional yang sangat-sangat mendahulukan rakyat asalkan pencapaian mereka
menjadi keutamaan. Rakyat harus duduk
dan berfikir sejenak adakah negara ini akan dimusnahkan oleh pakatan rakyat
sekiranya mereka berkuasa di Putrajaya kelak?.
Rakyat harus menyelamatkan negara ini daripada terus dirompak oleh
kerajaan Umno BN. Jangan percaya rayuan
Najib yang meminta diberi mandat lagi kepada mereka. Jika rakyat masih mahu memberi
mandat lagi kepada Umno BN, ini bermakna umpama kita menggali lubang kubur yang besar
untuk anak cucu kita ditimbus hidup-hidup.
Oleh
itu rakyat tidak harus mengikut rentak Umno BN. Biarlah Najib bersama pemimpin-pemimpin UMNO BN terjun dengan
labu-labunya. Biarlah kita berfikir dengan waras. Jangan ikut mereka guna labu tetapi kita
sentiasa bersedia dengan pelampung getah. BIARKAN mereka lemas.
No comments:
Post a Comment