Semuanya
telah tersedia dan diaturkan bagi
pengajuran HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR) di Kuala Lumpur pada Sabtu
12 Januari 2013 yang dijangka
berlangsung secara aman dan tertib. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
telah member jaminan bahawa bahawa pihak polis akan berperanan sebagai
pemudahcara pada perhimpunan 12 Januari ini (klik).
Tiada
sebarang masalah lagi. Venue Stadium Merdeka telah pun diberi kelulusan
penggunaannya oleh Perbadanan Stadium Merdeka selepas beberapa insiden yang
tidak meyakinkan pada peringkat awal sebelum ia diluluskan. Terdapat beberapa
NGO yang mengambil bahagian dalam himpunan ini iatu ANAK, Himpunan Hijau
(Lynas), Royalti, GMI, SMM, ABU, Muafakat atau NGO anti-PPSMI.
Sungguhpun
pihak polis telah memberi jaminan dan bekerjasama, pihak yang mengambil
bahagian dalam perhimpunan hendaklah berpegang kepada disiplin yang tinggi dan
bertertib. Jangan cuba melakukan provokasi
terhadap pasukan keselamatan yang mengawal keadaan untuk kelancaran
himpunan. Kemungkinan ada pihak cuba
menyusup masuk melakukan provokasi tentu ada berwaspadalah.
Oleh itu kawallah keadaan sebegini.
Jangkaan pengajur penyertaan dalam himpunan ini diharapkan mencapai 1
juta orang. Walau bagaimanapun itu tidak menjadi masalah. Sambutan atau ramainya angka penyertaan kita
serahkan kapada Rais Yatim untuk membuat kiraan, kerana beliau ada alat khas
yang ‘tepat’ untuk membuat pengiraan. Mungkin kiraan beliau paling tinggi hanya 10,000 dan bukan 1 juta.
Dalam kemeriahan untuk menyambut kedatangan Himpunan Kebangkitan
Rakyat, tidak disangka-sangka satu tohmahan yang dahsyat keluar dari mulut celupar
seorang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggelarkan
himpunan tersebut sebagai HIMPUNAN SHAMSIDAR (ini cakap seorang Timbalan
Perdana Menteri yang belum jadi Perdana Menteri). Kenyataan Muhyiddin pula
disokong oleh bekas timbalan presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang meminta supaya
orang ramai tidak menyertai Himpunan Shamsidar. Kesian Nasharuddin,
kalau patong tugu negara boleh berjalan, sudah tentu dihempapnya Nasharuddin.
‘Dayung sudah ditangan' kayuhlah sampan tersebut dengan cermat, secara
berdisiplin dan tertib. Semoga Allah SWT permudahkan segala pekerjaan yang baik
demi untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment