IKLAN

Thursday 17 January 2013

TUN MAHATHIR BAGI IC KEPADA WARGA FILIPINA IKUT UNDANG-UNDANG. TENGKU ABDUL RAHMAN BERI KERAKYATAN PADA YANG TIDAK LAYAK LEBIH TERUK


Perjalanan penyiasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung masalah pendatang asing di Sabah telah membuka pekong kerajaan Umno Barisan Nasional seluas-luasnya yang menjalankan projek IC (kad pengenalan) kepada pendatang Filipina dan warga asing yang lain seterusnya mendapat status kerakyatan yang membolehkan mereka mengundi.

Dalam penyiasatan tersebut maka timbullah nama-nama seperti  bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri  Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Alahyarham Tan Sri  Megat Junid, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani, bekas ketua JPN daerah Tamparuli Yakup Damsah dan beberapa nama lain yang terlibat.

Sebelum ini kita pernah dengar projek ini wujud di Sabah tetapi berita ini hanya diterima rakyat secara sepintas lalu dan ramai daripada orang Semenanjung tidak memperdulikannya.  Mereka faham bahawa ini adalah kerja orang politik untuk mengekalkan kuasa mereka.

Semalam mantan perdana menteri Tun Mahathir dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Karangkraf, Shah Alam mengesahkan dan mengakui bahawa  beliau  bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya (klik). 

Beliau menegaskan tindakan beliau berkenaan mengikut undang-undang.  Mahathir kemudian mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

Inilah Mahathir umpama mahu lari dari kenyataan.  Beliau mengaitkan pula bahawa  Alahyarham Tunku Abdul Rahman juga memberi kad pengenalan kepada warga asing. Mahathir mudah lupa bahawa tercatat dalam Perlembagaan Malaysia Bahagian III, fasal kewarganegaraan.  Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka).  Lihat Perkara:

16. Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana orang yang berumur lapan belas tahun atau lebih dan yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka, maka orang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan —
 
(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa tujuh tahun sebaik sebelum tarikh permohonan itu, selama tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada lima tahun;
(b) bahawa dia berniat hendak berbuat demikian secara tetap;
(c) bahawa dia berkelakuan baik; dan
(d) bahawa dia mempunyai pengetahuan asas bahasa Melayu.

Mengikut rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, dari tahun 1957 ke 1970, seramai 1.74 juta orang bukan-Melayu telah diterima menjadi warganegara Malaya/Malaysia.  Dari statistik tersebut jelaslah bahawa ketika Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri memang ada memberi sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak.  Apa yang dilakukan oleh Tunku dulu mengikut perlembagaan berbeza dengan apa yang dialkukan oleh Mahathir yang tidak mengikut saluran undang-undang atau dengan lain-lain perkataan secara ‘haram’.

Seorang pelarian  Filipina Ismail Balaka yang memberi keterangan menyatakan kepada suruhanjaya siasatan diraja bahawa beliau dan individu lain dijadikan warganegara Malaysia tanpa usaha mereka sendiri. Ismail Balaka berkata beliau menerima kad pengenalannya tiga bulan selepas satu kumpulan misteri melawat penempatannya di Kinarut untuk mendapatkan butiran peribadinya (klik).

Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani mengakui bahawa beliau mengetuai satu pasukan yang memproses kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak. Beliau mengesahkan bahawa beliau dan kakitangannya beroperasi daripada kediaman bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Kuala Lumpur.

Bekas ketua JPN daerah Tamparuli Yakup Damsah yang merupakan sebahagiaan dariapada kumpulan dikenali dengan unit 'G17' - yang berpengkalan di ibu pejabat JPN di Kota Kinabalu  menyatakan mereka beroperasi di kediaman Abdul Aziz di Kuala Lumpur.  Yakup mendakwa dalam operasi itu mereka diminta menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang asing (klik) .

Sementara itu bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ramli Kamaruddin mendedahkan, beliau mula merekrut pengundi hantu selepas secara peribadi menerima arahan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Beliau diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan (IC) kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya. Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan Persekutuan. Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi membolehkan mereka mengundi (klik).

Tun menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh beliau adalah mengikut undang-undang.  Mana mungkin Tun, buat kerja di rumah Aziz Shamsuddin, pelarian dan pendatang yang tidak layak diberi kerakyatan secara mudah.  Tidak perlu pun membuat permohonan dalam tempoh tiga bulan sudah dapat kad pengenalan yang membolehkan mereka menjadi pengundi. Disahkan lagi Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah mengarahkan keluarkan resit JPN.  Adakah kerja ini ikut undang-undang?.

Dengan adanya Suruhanjaya Diraja  yang sedang menyiasat sekarang ini, mengingatkan kita dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini isu memberi kad pengenalan kepada warga asing secara segera dikatakan berlaku di Semenanjung sama seperti berlaku di Sabah. Jika tidak ada angin mana mungkin pepohon bergoyang.  Inilah yang harus rakyat Malaysia takuti.  Jika benar perkara ini sudah berjangkit di Semananjung ini bermakna kita sedang menghadapi satu malapetaka petualang bangsa. 

Bapak syaitan yang dikenali sekarang mengakui perbuatannya memberi kerakyatan kepada warga asing di zaman beliau, tetapi menganggapnya ikut undang-undang.  Ramai yang membaca akhbar atau mengikuti berita maya akan terguiling-guling mentertawakan kenyataan Tun Mahathir tersebut.

Buatlah apa yang patut Tun.  Kebimbangan Tun makin hari semakin terserlah.  Sekiranya Tun duduk ditepi tebing tergelincir sendiri orang akan berkata “Tun terjun dengan labu-labunya”  Disambut orang BIARKAN. BIARKAN



No comments:

Post a Comment