Datuk
Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir
sngat bimbang sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya ke-13 yang akan
datang. Maka kerana itu Mahathir juga
tidak dapat tidur lena kerana beliau (klik).
Satu
lagi yang lebih besar ialah berhubung dengan cita-citanya untuk membantu
anaknya Mukhriz berjaya dalam karier politik. Apa yang digembar-gemburkan, kini ada suara-suara yang mahu melantik Mukhriz menjadi Menteri Besar,
Kedah sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihan raya di Kedah. Selain itu
Mukhriz juga diwar-warkan untuk diangkat sehingga ke jawatan Timbalan Perdana
Menteri. Bolehkah?. Sebenarnya ramai
dikalangan pemimpin muda Umno yang lebih berbakat daripada Mukhriz. Apa yang ada pada Mukhriz hanyalah membawa ‘brand’
Mahathir sahaja tidak lebih daripada itu.
Kenyataan
Anwar tersebut bukan satu kenyataan nakal, tetapi adalah satu realiti. Lihat sahaja kenyataan-kenyataan Mahathir
akhir-akhir ini, kebanyakannya banyak memburukkan pakatan pembangkang terutama
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini suara dan bayang-bayang Anwar kerap singgah di dalam tidur Mahathir yang menyebabkan beliau tidak dapat tidur lena. Kesian.
No comments:
Post a Comment