Memang
beria-ia benar rancangan Umno BN untuk mengambil-alih Selangor daripda Pakatan
Rakyat. Dalam bahasa yang mudah ialah
merampas kerajaan Selangor dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang. Tak lama saja lagi, mandat BN hanya
berbaki tidak sampai tiga bulan iaitu sehingga April 2013. Jika Najib tidak bubarkan parlimen maka kuasa
akan jatuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak boleh tidak dalam
tempoh 60 hari akan memanggil pilihan raya yang tarikh akhirnya pada Jun 2013.
Berbagai
perkara yang yang dilakukan BN bagi menggugat kesetabilan kerajaan pakatan rakyat
Selangor seperti membesar-besarkan kononnya berlaku krisis air di Selangor
(padahal tujuan sebenar adalah untuk membina Langat 2 untuk kroni), membesarkan isu bantuan ibu
tunggal yang dikatakan tidak ditepati sebagaimana menisfesto pakatan rakyat
dalam pilihan raya 2008, memasang iklan BN di koc komuter KTM, baru-baru ini timbul pula tindakan saman terhdap kerajaan Selangor berhubung isu khairat kematian, berbagai
tohmahan janji tidak ditepati ditimbulkan. Tetapi tidak juga tertanggal sebiji skrew pun
Dewan Undangan Negeri Selangor. Berbagai
lagi gerakan yang sulit sedang dilakukan, Selangor harus diambil dari pakatan
rakyat.
Bagi
mengekalkan Putrajaya, Najib sudah melaungkan dihadapan 2,543 perwakilan Umno
di PWTC pada 22 Oktober 2010 “Berpasaklah
kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji BN. Walau berkecai tulang dan juga
badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Walau apa pun yang terjadi, Putrajaya
mesti kita pertahankan,”
Pada
penyokong pakatan rakyat yang bijak menilai, dapatlah dirumuskan bahawa kad ucpan
Selamat Tahun Baru di atas nama-nama yang tidak dikenali tersebut adalah hantu
mak limah, hantu polong, hantu raya terdiri daripada berbagai bangsa tidak akan
singgah atau bermalam di rumah-rumah tersebut, tetapi akan terus ke
sekolah-sekolah, dewan-dewan pusat mengundi semasa mengundi nanti. Sekarang apa mahu dikatakan
lagi telur tembelang sudah pecah baunya dimana-mana.
Suruhanjaya Siasatan DiRaja belum pun selesai melakukan penyiasatan di Sabah, kini ada persamaan pula kemungkinan besar berlaku di
negeri Selangor. Lebih memeranjatkan
lagi apabila Datuk Lajim Ukim dalam satu kenyataan menyebut bahawa lebih 40,000 pengundi
Sabah dipindahkan ke Selangor dengan tujuan merampas Selangor. Menurut Lajim pengundi-pengundi Sabah tersebut
berpusat di Sri Andalas, Bukit Tinggi, Klang dn Seri Muda. Jika perkara ini benar, perkara ini perlu disiasat kesahihannya.
Ada
peramal-peramal amatur berkata jika Umno BN ingin mengambil Selangor, biarlah mereka ambil,
sebagai tukarannya pakatan rakyat ambil
Putrajaya (Kerajaan Pusat) dan mentadbir lapan (8) negeri lain, tujuh negeri di
Semananjung dan Sabah. Boleh ke? Manusia merancang, Allah SWT penentu
segalanya.
No comments:
Post a Comment