IKLAN

Monday 28 January 2013

UMNO BN TEMPAT BEKUMPULNYA PELOMPAT-PELOMPAT JAUH

Blog Ping Tool
Professor Emeritus Dato  Haji Shahnon Ahmad adalah pengarang buku ‘Shit @Pukimak.  Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon tetapi tidak dilakukan.

Jika diteliti daripada buku tersebut memang ada kebenarannya apa yang dinukilkan oleh Shahnon Ahmad tersebut. Umno diumpamakan seperti tong taik. Tempat menghimpunkan kebusukan atau lebih tepat lagi segala kemungkaran.  Lihat saja kepada ahli-ahli politik yang bersama-sama pakatan rakyat yang melompat dan mengisytiharkan mereka ‘BN friendly’ dipungut oleh perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib masuk ke dalam usus busuk Umno Barisan Nasional. Yang peliknya Najib tidak langsung menunjukkan rasa malu di atas perbuatannya mengambil orang-orang yang melompat tersebut bahkan diberi layanan yang superb.

Beberapa orang yang melompat telah dibawa oleh Najib menyertai rombongannya.  Baru-baru ini Najib  dalam rombongannya ke Palestin bertemu perdana menteri Ismail Haniyeh di Gaza telah membawa sama mantan timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.  Sudah tentu tugasnya dalam komunikasi (jurubahasa) kepada Najib (lihat gambar mesranya mereka). 

Sesampai di tanah air pulang dari Gaza dan Davos, Najib telah mengulas mengenai pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS (klik).  Beliau menganggap pengguguran tersebut  ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza. Najib sebenarnya tidak diberi maklumat yang jelas,  Setiausaha jawatankuasa Majlis Sura Pas, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menyatakan  keputusan pengguguran Nasha berkenaan dibuat lebih awal pada  mesyuarat yang  dipengerusikan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari. Tidak ada kena mengena langsung dengan lawatan tersebut.  Walau bagaimanapun Nasha masih lagi ahli Pas.

Nasharudin Mat Isa tidak perlu bimbang kerana beliau memang sah  telah dapat dahan untuk bergantung dan berteduh demi masa depan politiknya.  Belum ada dalam sejarah seorang yang gagal dalam memegang jawatan nombor dua parti Pas telah diberi layanan yang sungguh baik dalam parti lawan (Umno BN).

Maka jelaslah Nasharudin sudah bersedia dengan labunya untuk terjun sendiri samada ditebing, di sungai atau di laut. BIARKAN. BIARKAN

No comments:

Post a Comment