Apa-apa
pun inilah himpunan yang sangat bersejarah, berbeza jika dibandingkan dengan himpunan Perhimpunan Agong Umno 66. Tangisan ahli-ahli Umno dalam perhimpunan
tersebut kerana kesedihan yang teramat sangat bakal menitip sejarah bahawa Umno
BN akan ditalkinkan dan sementara
tangisan peserta himpunan HKR adalah satu tangisan kegembiraan untuk mengangkat
Pakatan Rakyat ke teraju Putrajaya yang bakal menumbangkan Umno BN dalam pilihan
raya ke 13 selepas memperbodohkan orang melayu dan rakyat yang lain. In Syaa Allah.
Jika
pakatan rakyat berkuasa di Putrajaya sudah tentu janji akan dipenuhi tidak sama
dengan Janji Ditepati oleh Umno BN dengan janji-janji ulangan setiap kali
pilihan raya diadakan. Semoga kesan dari
Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menjadi bukti dalam pilihan raya yang akan
datang ini. Biarkan pencacai Umno dan media-media mereka mengatur dan membuat
fitnah terhadap perhimpunan HKR, biarkan mereka bahagia siang dalam malam
mengumpul fitnah-finah baru sehingga diambang pilihan raya ke-13.
Sesuatu yang baik kita lakukan untuk faedah rakyat dengan membawa perubahan total sudah tentu akan disambut rakyat. Kerja dan niat yang baik amat disukai oleh Allah SWT. AMIN.
Sesuatu yang baik kita lakukan untuk faedah rakyat dengan membawa perubahan total sudah tentu akan disambut rakyat. Kerja dan niat yang baik amat disukai oleh Allah SWT. AMIN.
No comments:
Post a Comment