IKLAN

Saturday 5 January 2013

Najib Meroyan Lagi: Undi Untuk BN, Undi Untuk Masa Depan

Ping Blog
Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib meroyan lagi. Beliau dalam satu ucapannya telah meminta rakyat Malaysia supaya mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya Ke-13 yang akan datang ini (klik).  Kata beliau “satu undi untuk masa depan”. Maksudnya undi untuk BN, adalah untuk masa depan Malaysia.  Inilah modal Najib disaat-saat genting dalam menghadapi pilihan raya ini.

Kesian Najib, dalam membisu seribu bahasa walaupun banyak isu-isu yang sedang dihadapinya tiba-tiba macam tiada apa-apa yang berlaku beliau muncul merayu kepada rakyat supaya beri undi kepada BN.  Adalah tidak masuk akal jika rakyat mahu membiarkan perompak terus merompak harta rakyat dan membantu lagi supaya terusan merompak.  Janganlah memperbodohkan rakyat. Kesabaran rakyat ada hadnya apabila tidak tertanggung inilah yang terjadi sekarang Deepak Jaikishan dan Musa Hassan melondehkan apa sahaja kemungkaran Najib, isteri  dan kerajaan Barisn Nasional.

Najib dalam nada yang tertekan menabur janji dan memberi madu yang rakyat sudah tahu bukannya manis. Najib kata "Kalau rakyat susah, kerajaan prihatin, wang ehsan (bantuan untuk rakyat misalnya) baru permulaan, nanti kita akan bagi lagi, ini adalah konsep kerajaan Barisan Nasional," Inilah sahaja yang dapat dilakukan oleh Najib kalau bercakap gunakan wang ringgit.

Sama-sama kita dengar, ada lagi akan ditawarkan oleh Najib dengan muka sadinnya untuk menambat hari rakyat. Buatlah apa yang patut Najib semoga bahagia.  Ambillah langkah yang betul, sebab orang pertama paling takut Anwar Ibrahim mengambil tampuk pemerintahan negara ialah Tun Mahathir. Tak gitu?



No comments:

Post a Comment