Nampaknya
Barisan Nasional Wilayah Persekutuan sudah sangat bersedia untuk merampas
semula kerusi-kerusi dalam Parlimen Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari
Pakatan Rakyat. Parlimen Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur terdiri daripada 11 kerusi. Kerusi-kerusi tersebut
Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang,
Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak. Dalam
pilihan raya 2008 Barisan Nasional hanya mempertahankan satu kerusi parlimen
Setiawangsa, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Berbagai
usaha telah dilakukan antaranya menjadikan rakyat Bangla, Pakistan, Myanmar,
Vietnam, Indonesia sebagai rakan sepermainan. Mengedarkan baju-baju-T Barisan Nasional kepada warga asing sebagai tanda
persahabatan.
Timbalan
Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal
Abidin dalam satu kenyataannya berkata pihaknya yakin selain mempertahankan kerusi
pada pilihan raya umum ke-13, BN akan mampu menambah bilangan kerusi
berdasarkan trend sokongan pengundi bandar terhadap BN sejak akhir-akhir ini. Beliau berharap dapat menambah 6 lagi kerusi bagi Wilayah Persekutuan, Kuala
Lumpur dan meminta ahli parti supaya bersatu hati dan mengelak sebarang unsur
mensabotaj parti.
Buatlah apa yang
patut Nong Chik asalkan bahagia. Kalau mahu terjun dengan labu-labu
sekalipun terjunlah. Kita tidak akan menahannya. Kita BIARKAN.
No comments:
Post a Comment