IKLAN

Monday, 31 December 2012

NAJIB MERAYU LAGI SEMASA UCAPAN TAHUN BARU 2013

Free blog ping
Rasa kesian atau bersimpati tidak langsung terlintas apabila mengikuti sepintas lalu ucapan tahun baru 2013 oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib.  Malahan dari ucapan beliau dapat dibuat kesimpulan bahawa inilah satu ucapan PM terakhir untuk rakyat Malaysia sebelum pilihan raya ke-13.
Gaya ucapan Najib nampaknya hampir mengikuti kata-kata Tun Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat “Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita."

Najib juga menyelitkan rayuannya (rayuan terakhir?) jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.

Walau bagaimanapun yang kita nak muntah apabila beliau menyebut “Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen.”
 Maksudnya jangan memperjudikan nasib anak-anak kita dengan menukar kerajaan yang ada dan memilih pakatan rakyat, walaupun BN dah jadi hampas.