Inilah
dia parti Barisan Nasional, apabila dikeluarkan laporan kajian bahawa sokongan
kepada Barisan Nasional merundum mereka tidak berpuas hati. Begitulah yang
ditunjukkan oleh Tengku Adnan yang mempersoalkan kajian Merdeka Center
tersebut dengan menyatakan "Kamu mesti ingat, berapa orang sampel. Kamu
mesti tanya Merdeka Center siapa yang jalankan kajiselidik, persampelan, jumlah
sampel, siapa sampel." Beliau pula menggunakan sampel beliau tersendiri
dengan mengambil reaksi penerima bantuan BR1M di kawasannya Putrajaya yang ada
memeluk beliau ketika menerima bantuan tersebut terutama golongan muda penerima
RM250/ bagi menunjukkan kerajaan perihatin.
Tengku
Adnan mahu kajiselidik memihak kepada parti Barisan Nasional, ini dapat dilihat
daripada analisis yang dibuat oleh Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI)
yang menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah ASLI, Tan Sri Michael Yeow
jika PM Dato’ Sri Mohd Najib berjaya menarik lebih ramai pengundi Cina,
kemungkinan BN mampu memenangi 150 kerusi dan sekali gus menguasai 2/3 kerusi
majoriti. Laporan seperti inilah yang
mahu didengar oleh Tengku Adnan.
Tengku
Adnan harus sedar Merdeka Center tidak mendapat apa-apa faedah dari kajiselidik
yang mereka lakukan selain daripada untuk menggambarkan senario sebenar keadaan
politik tanah air. Tengku Adnan sendiri
belum tentu akan memenangi kerusi Putrajaya. Tak gitu?