IKLAN

Wednesday 6 February 2013

DULU KUTUK MAT SABU PENYOKONG KOMUNIS, KINI NAJIB HANTAR KAD TAHUN BARU CINA (CNY) GUNA KATA-KATA PEMIMPIN KOMUNIS

Blogpingsite.com
 
Dulu heboh satu negara bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu adalah penyokong pejuangan komunis (klik). Apa yang jelas dinyatakan dalam mahkamah, beliau menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) menentang penjajah sebelum negara mencapai kemerdekaan. Tetapi beliau  tidak menyokong pergerakan tersebut  selepas negara merdeka.“Dari segi ideologi, saya tidak menyokong dari mula lagi,” katanya dipetik dari The Star Online dalam kes beliau menyaman Utusan Melayu serta ketua pengarang kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.

Perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib dalam kesibukan pengundi Cina untuk menyabut tahun baru, demi untuk mengambil hati pengundi-pengundi Cina telah menghantar kad ucapan Tahun Baru Cina (CNY) ditandatangani oleh Najib sendiri di Selangor (klik) . Bukan itu saja Najib telah melampirkan  bersama dengan paket ang pau dan satu petikan kata-kata bekas pemimpin parti komunis China, Deng Xiaoping tentang reformasi, "menyeberangi sungai sambil menyentuh batu".

Inilah perangai orang yang ‘desprate’ akan melakukan apa saja yang terlintas di hatinya.  Mat Sabu dihina teruk sebagai penderhaka dan penyokong ideologi komunis.  KIni apa yang dilakukan oleh Najib juga satu penghinaan kerana Najib juga boleh dianggap penyokong komunis kerana idola beliau terhadap Deng Xiaoping dengan meminjam kata-kata pemimpin parti komunis China tersebut. Tak gitu?. Buatlah apa yang patut Najib.

No comments:

Post a Comment