IKLAN

Monday 18 February 2013

BERITA NAJIB LETAK JAWATAN ATAU TIDAK ITU TIDAK PENTING, RAKYAT MAHU TAHU BILA PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN

http://www.blogpingsite.com
Terpanggil untuk mengulas mengenai berita peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sistem e-Akhabr dan e-Press milik Jabatan Penerangan Malaysia.  Apa yang sebenar berlaku menurut Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia ianya satu ‘kenyataan palsu’ yang mungkin telah digodam.

Jabatannya telah mengambil tindakan memadam kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut untuk mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.


Sebenarnya jika pun betul Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri Malaysia, rakyat tidak terkejut dengan berita tersebut. Telah lama sudah puak-puak Umno sendiri mahukan Najib melakukan sedemikian.  Bagi rakyat pula buat masa ini berita samada Najib meletak jawatan atau tidak ianya tidak penting. Apa yang lebih penting ialah rakyat mahu tahu bilakah parlimen akan dibubarkan dan seterusnya pilihan raya ke-13 diadakan.  

Dengan adanya pilihan raya rakyat mempunyai kuasa dan  akan membuat keputusan bukan sahaja menukarkan perdana menteri tetapi menukarkan kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang kepada satu kerajaan rakyat iaitu Pakatan Rakyat.

Rakyat sudah ditunjukkan bukti bahawa empat negeri (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah) yang ditadbir oleh pakatan rakyat telah menunjukkan bahawa mentadbir sebuah kerajaan tanpa rasuah, tiada ketirisan dan telus adalah satu-satunya cara untuk memberi kebajikan kepada rakyat lebih-lebih lagi sekiranya pakatan rakyat dapat menguasai kerajaan persekutuan PUTRAJAYA.

Tiada apa pun implikasinya jika Najib mahu letak jawatan atau tidak, ikut sukalah.

No comments:

Post a Comment