BlogPingSite
Akhirnya
dapat juga Datuk Seri Najib mengaul Yee Sang di rumah terbuka Tahun Baru Cina Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah
Cina Malaysia (Dong Zong) di Padang Besar Pusat Pengajian Tinggi Dong
Jiao Zong, Kajang. Najib yang sampai
kira-kira jam 9.45 pagi telah disambut dengan tarian singa. Turut mengiringi Najib semalam (17/2/13) adalah menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Koh Tsu Koon, presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek serta timbalan
menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong. Tiada ucapan dari Najib begitu juga
ucapan dari Presiden Dong Zong. Najib hanya berada di majlis
tersebut kira-kira 45 minit dengan menonton persembahan acara kebudayaan sebelum
meninggalkan majlis.
Selepas
Najib meninggalkan majlis tersebut sejam kemudian rombongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
pula tiba. Turut bersama Anwar pada majlis adalah penasihat DAP, Lim Kit
Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok
Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.
Kedatangan Anwar disambut begitu meriah berbanding kunjungan Najib.
Anwar
disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh dan laungan ‘reformasi’ oleh
penyokong pakatan rakyat di majlis tersebut.
Ada diantara mereka menyambutnya dengan mengibarkan slogan 'I Love New
PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' iaitu dengan mengubah slogan 'I Love PM
(Saya Sayang PM)' yang diberikan untuk menyambut Najib dengan membuat penambah perkataan ‘new’ dan ‘Anwar’.
Rosmah tidak bersama Najib dalam majlis tersebut, sementara Anwar
hadir bersama-sama Wan Azizah. Daripada majlis ini dapat dirumuskan bahawa akhir-akhir ini ke mana
saja Najib hadir beliau akan menerima tempias sudah tidak diterima lagi.
Nasib engkaulah Najib.
No comments:
Post a Comment