IKLAN

Tuesday 19 February 2013

TUN MAHATHIR MINTA KAWAL MEDIA ALTERNATIF DAN PADA WARGA PENEROKA FELDA GIGIT TANGAN KERAJAAN IBARAT HAIWAN

www.blogpingsite.com
Dua isu minggu ini yang nyata membimbangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Isu Pertama Tun berkata Bahaya Jika Media Alternatif Tidak Dikawal dan Kedua Peneroka Jangan Gigit Tangan Kerajaan.

Bahaya: Jika Media Alternatif Tidak Dikawal

Tun Mahathir sangat bimbang sehinggakan beliau umpama mahu kerajaan  mengawal media alternatif  kerana media tersebut dianggap  sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang kenyataan yang mereka suka secara langsung di Internet, tanpa sebarang kawalan kerana tidak ada pengurus, editor atau penyunting untuk mengubah isi kandungannya.

Mahathir berkata media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan sebaliknya. Mahathir memberi contoh  klip video yang telah diubah, dimuat naik dalam YouTube terutama klip video yang menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk BN, yang seolah-oleh dijawab dengan perkataan ‘Tidak’. Harap Tun lihat betul-betul rakaman tersebut.  Najib yang syok sendiri masih ulang tanya sebanyak dua kali walaupun mereka sudah menjawab ‘NO’ for BN.

Mahathir kena layari blog-blog pro Umno BN jika mahu mengetahui blog-blog ini menyiarkan perkara-perkara benar atau pembohongan.  Di sinilah lombong fitnah yang dibayar untuk mengeluarkan berita apa sahaja bagi memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin parti gabungan pakatan rakyat, DAP, PAS dan PKR.  Selepas itu bolehlah Tun melayari blog-blog pro-pakatan rakyat dan lihat kandungannya tidak lain adalah untuk memberi maklumat kepada rakyat akan kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh Barisan Nasional  dan pemimpin-pemimpinnya termasuklah Tun sendiri.

Nampaknya Tun sudah merasakan bahang pemberitaan dari media alternatif terutama dari blog-blog pembangkang.  Apa yang dilaporkan oleh blog-blog ini adalah pemberitaan yang benar berdasarkan fakta dan bukannya fitnah atau direka selain daripada satu kenyataan yang benar.

Usah salahkan media alternatif.  Tun sendiri telah mencelikkan rakyat daripada kongkongan minda yang dilakukan oleh UMNO apabila Tun berjaya membawa Information Technology (IT) ‘internet’ untuk Malaysia. Rakyat sudah buang jauh-jauh slogan ‘hanya Umno yang boleh membela nasib Melayu’ atau ‘hanya Barisan Nasional yang boleh memerintah’. Terima Kasih Tun.

Peneroka Jangan Gigit Tangan Kerajaan

Tun Mahathir mengingatkan peneroka Felda agar mengingati jasa kerajaan yang menganjurkan skim tanah rancangan terbesar dunia itu dan tidak menggigit tangan yang membantu mereka.  Itulah kata-kata Mahathir di hadapan  lebih kurang 3,000 orang warga peneroka pada majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Mahathir juga menyatakan "Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita, tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu?   "Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah," 

Dalam perjumpaan ini Mahathir sebenarnya berkempen untuk Barisan Nasional termasuklah berkempen untuk anaknya Mukhriz walaupun tidak disebut namanya.  Mahathir berkata golongan peneroka perlu berterima kasih dan membalas  budi kerajaan yang menurutnya berjaya mengangkat matabat peneroka.  

Mahathir tanpa segan silu telah menyatakan bahawa apabila peneroka tahu bersyukur dan tahu berterima kasih, kalau ada yang bertanding (pilihan raya umum) beliau minta bagi undi. Mahathir juga menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Mahathir faham selama ini  sokongan peneroka Felda terhadap  Barisan Nasional yang membolehkan mereka meneruskan kuasa. Dilaporkan hampir 25 kerusi parlimen datangnya dari gugusan Felda.

Kita ingin lihat adakah warga peneroka Felda selepas tahun 2008 adalah peneroka yang terbuka mindanya untuk membuat perubahan?.  Adakah mereka akan mendengar kata-kata Mahathir supaya membalas budi, berterima kasih dan besyukur dan memberi undi kepada calon-calon Barisan Nasional yang  bertanding dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Warga peneroka Felda juga ada tanggunjawabnya terhadap negara Malaysia.  Kita tidak fikir mereka sanggup menerima bulat-bulat saranan Mahathir tersebut.  

Mereka (peneroka) juga tahu Mahathir juga sedang mencari pelampong untuk berpaut bagi menyelamatkan harta, keluarganya dan nasibnya sendiri yang belum pasti.

In syaa Allah sama-sama kita ikuti episod seterusnya.

No comments:

Post a Comment