IKLAN

Sunday 3 February 2013

FORMULA MENGUNDI DARI TUN MAHATHIR, UNDI PARTI DAN BUKAN CALON

Blog Ping Tool
Tun Dr Mahathir masih lagi merasakan beliau adalah perdana menteri Malaysia.  Semua kata-kata beliau keluarkan umpama satu arahan supaya diambil kira oleh puak-puak Umno terutama perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib.  Mahathir telah meminta penyokong-penyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang supaya mengundi parti dan bukan calon. Pelik.  Dulu semasa Pak Lah menjadi perdana menteri pada pilihan raya 2008  beliau suruh pilih calon.

Dengan tindakan Mahathir tersebut, jelaslah bahawa Mahathir tidak memihak kepada inspirasi Najib yang mahukan calon-calon boleh menang atau winnable candidates diletakkan sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihan raya ke-13 akan datang.  Najib pula  telah lama menasihatkan ahli-ahli Umno supaya berkorban perasaan apabila calon boleh menang terpilih kelak. Najib telah menyatakan calon boleh menang tidak semestinya dari Ketua Bahagian atau Cawangan tetapi orang yang dipilih terdiri orang yang dikenali dan boleh diterima di kawasan tersebut seperti pakar akedemi, profesional dan sebagainya.

Jelas juga apa yang dilakukan oleh Mahathir tersebut adalah semata-mata untuk memberi laluan mudah kepada dua orang anaknya Datuk Mukhriz (Jerlun) dan dikabarkan Mukhzani pula  di Merbuk.  Apa yang kita perhatikan Mukhriz tidaklah begitu hebat, beliau masih perlukan ‘cap’ bapanya untuk menaikkan namanya.  Sebab itu Mahathir tanpa rasa malu menyatakan pilih lambang parti BN dan bukannya calon. Nasihat yang mudah difahami.

Persoalannya sekarang adakah pengundi tegar Barisan Nasional akan mendengar nasihat syaitan yang dikenali tersebut.  Adakah Najib akan teruskan niatnya untuk memilih calon berdasarkan kepada calon boleh menang.  Mungkin Najib telah selesai menamakan calon-calon boleh menang dalam buku tiga limanya (555), meungkinkah  kenyataan Mahathir tersebut  mengganggu apa yang telah beliau rancangkan.
Kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment