Menjelang
pilihan raya ke-13 parti Umno BN dilanda banyak masalah. Lebih memeranjatkan apabila parti-parti komponennya sudah berani menyatakan hasrat mereka untuk
keluar daripada Barisan Nasional, Dulu
pernah parti Gerakan, SUPP menyuarakan hasrat mereka. MCA juga menyatakan demikian. Walau bagaimana pun MCA melalui presidennya
Chua Soi Lek mengugut mahu keluar daripada Barisan Nasional sekiranya Umno
melakasanakan hukum Hudud.
Jika
dilihat apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali selama ini memang benar banyak
membangkitkan isu-isu perkauman, tidak langsung diambil tindakan oleh Umno
BN. Tidak lama dulu Ibrahim telah
mengajak dalam satu upacara untuk membakar kitab Bible. Polis hanya menjalankan siasatan tetapi tiada
sebarang tindakan dikenakan terhadap Ibrahim Ali. Mungkin ada undang-undang khas yang
digunakan terhadap Ibrahim. Begitu
juga apa yang dilakukan oleh Ridhuan Tee, tiada apa-apa tindakan yang dikenakan
terhadap beliau.
No comments:
Post a Comment