Ketika di PDM Kampung Morten, Melaka Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan, berkata setiap PDM perlu menjalankan tugas dalam mengumpul data dan carta pilihan raya. Tugas penting ialah melakukan semakan terhadap daftar pengundi terkini dan mengenalpasti pengundi berkenaan sama ada putih, kelabu atau hitam atau pengundi luar. Inilah langkah terbaru dibuat oleh BN membuka PDM lebih awal, berbeza sebelum ini apabila ia hanya dibuka selepas pembubaran Dewan Rakyat. Mengikut Ahmad Maslan menjaga PDM ini adalah tugas sukarela dan terpulanglah kepada mereka hendak membukanya waktu mana.
Pemilihan calon boleh menang ini umpama ‘bom jangka’ kepada Barisan Nasional, silap-silap perkiraan akan meletup timbul berbagai isu
termasuklah khianat atau sabotaj kepada parti.
Nasihat
supaya patuh kepada keputusan pucuk pimpinan atau berkorban perasaan tidak mudah
diterima oleh ahli-ahli Umno BN yang merasakan merekalah yang lebih layak untuk
dicalonkan setelah lama bersetia kepada parti.
Mereka tidak peduli itu semua.
Bolehkah Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN)
berjumlah 7,531 tersebut cerah dan ceria.
Inilah yang berlaku kepada BN pada pilihan raya 2008. Sebab-sebab sabotajnya
terlalu banyak untuk diperkatakan semasa Pak lah menerajui BN. Maka adakah kemungkinan sabotaj berlaku lagi? walaupun nasihat demi nasihat telah dikeluarkan.
Perubahan
pucuk pimpinan kepada Najib tidak juga akan mengubah apa-apa mungkin lebih
teruk daripada apa yang dirasa oleh Pak Lah.
Sebab itu Tun Mahathir mahu pengundi memilih parti (lambang BN) bukan calon.
Apa yang ingin diperkatakan oleh Mahathir calon-calon yang ada pun teruk.
No comments:
Post a Comment