Najib
juga menyatakan "Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat
PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara
benar-benar boleh berjaya”. Najib juga mengingatkan
rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU-13 nanti kerana
kerajaan BN)sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat (KLIK).
Itulah
kata-kata Najib. Sebenarnya rakyat yang
menunggu lebih letih dan menggigil jari-jemari mereka untuk memangkah undi bagi
menghumban kerajaan Umno BN dalam pilihan raya nanti. Najib kena ingat Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) lagi letih untuk membuat persiapan pilihan raya berbanding
Najib yang hanya mengunakan air liur saja. Sekali lagi Najib merayu dan meminta rakyat jangan tukar kerajaan.
Bala yang disambut meriah di lapangan terbang
KLIA menyatakan bahawa Statutory Declaration (SD) pertama yang dibuat adalah
benar manakala SD kedua adalah palsu.
Beliau akan membantu pakatan rakyat untuk berkempen dalam pilihan raya
kelak.
No comments:
Post a Comment