IKLAN

Friday 22 February 2013

SINAR HARIAN MOHON MAAF PADA PENGANUT HINDU BERHUBUNG ARTIKAL RIDHUAN TEE

http://www.blogpingsite.com
Akhbar Sinar Harian hari ini memohon maaf kepada kaum India beragama Hindu atas penyiaran rencana provokasi tulisan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam ruangan akhbar tersebut.  Permohonan maaf tersebut dibuat oleh penasihat editorialnya, Datuk Abdul Jalil Ali di hadapan kira-kira sepuluh penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan rencana itu dan berhimpun di pintu masuk pejabat Karangkraf tengahari tadi (klik).

Isnin lalu akhbar ini telah menyiarkan artikal tulisan   Mohd Ridhuan Tee bertajuk ‘Kesabaran Umat Islam Ada Had’ di ruangan "Buka Minda".  Dalam artikal tersebut Ridhuan menulis penuh  dengan ketaksuban agama dan perkauman. 

Antara lain Ridhuan mempersoalkan perayaan Thaipusam dan pertambhan pembinaan rumah ibadat bukan islam selepas pilihan raya umum ke-12. Beliau menyatakan sungutan orang ramai ketika perayaan Thaipusam, dimana seminggu sebelum perayaan seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak. Kenderaan diletak sesuka hati.  Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tiada warna lain lagi di negara ini.

Ridhuan juga mempersoalkan rumah ibadat bukan Islam semakin tinggi dan berwarna-warni, rumah ibdat kecil menjadi besar hasil daripada daripada peruntukan kerajaan Persekutuan dan negeri selepas pilihan raya yang lepas.

Memang tidak dinafikan sesiapa saja yang membaca artikal tulisan Ridhuan tersebut ianya sangat menyentuh sensitiviti agama Hindu.  Ridhuan dilihat umpama mahu menjadi juara bahawa beliaulah paling Islamik sehingga sanggup menghina agama lain.  Ridhuan harus sedar Islam agama yang datang daripada Allah amat mulia dan terpuji. Setiap umat Islam diminta memelihara Islam dan mempertahankannya daripada dicemari oleh musuh-musuh yang jahil dan kufur. Diantara tuntutan Islam bagi memelihara agama ini ialah melarang umatnya menghina agama dan kepercayaan umat lain. Ini akan mendorong mereka melakukan tindak balas yang akan merugikan umat Islam. Islam adalah agama dakwah bukannya pencetus kepada permusuhan. Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 108:


وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripda Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.  Demikianlah kami mengelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Kita harus beri pujian kepada Datuk Abdul Jalil Ali yang mengambil langkah yang betul dengan memohon maaf secara terbuka kepada kumpulan  yang mewakili tiga NGO iaitu Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Malaysia Padmasri Kelab peminat Dr Kamalhassan dan Pertubuahan Prihatin Nadi rakyat Malaysia yang menunjuk perasaan mengemukakan bantahan berhubung dengan artikal Ridhuan Tee tersebut.  Beliau berjanji Sinar Harian akan menerbitkan permohonan maaf itu tidak lama lagi dan beliau sendiri akan mengulangi permohonan maaf berkenaan perkara itu dalam kolumnya pada hari Khamis minggu hadapan.  Beliau juga akan mengesa Mohd Ridhuan Tee memohon maaf di atas perkara itu.   

Ridhuan juga harus ingat tidak semua apa yang diutarakan oleh beliau diterima oleh orang ramai.  Ridhuan harus berhati-hati dan kena akui bahawa Malaysia adalah masyarakat majmuk yang mempunyai berbagai budaya dan agama yang dilindungi oleh perlembagaan.  Silap langkah apa yang diutarakan oleh beliau tersebut boleh diambil tindakan undang-undang.



No comments:

Post a Comment