IKLAN

Monday 18 February 2013

Najib Hadir Sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Puchong Utama Dua Hari Lepas Hari ini 18 Feb Lebuh Raya LDP (Puchong) Dilanda Banjir Kilat

www.blogpingsite.com
 
Datuk Seri Najib terharu dengan sambutan rakyat dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang diadakan di Puchong Utama pada 16 Feb 2013.  Sinar Harian melaporkan seramai 40,000 hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Najib turut menyatakan bahawa  sambutan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) masih kuat ekoran reaksi yang diberikan rakyat ketika bersalaman dengannya, ada yang menarik tangan beliau. Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, tahun ular air yang disambut kaum Tionghoa tahun ini akan membawa kemajuan kepada negara.

Hari ini selepas dua hari Najib berada di Puchong, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP Highway) di hadapan IOI Mall telah mengalami banjir kilat yang tidak pernah di alami oleh penduduk  di sini. Jalan raya bagaikan sebatang sungai dan  airnya melimpah masuk ke  komplek beli-belah Jusco.  Ini hanya satu kebetulan.  Hanya Tuhan saja yang mengetahui.

No comments:

Post a Comment