IKLAN

Saturday 23 February 2013

BEKAS TENTERA AKAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT TUMBANGKAN UMNO BN

www.blogpingsite.com
Bekas tentera diseluruh negara telah memberikan jaminan akan membantu Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN melalui peti undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Jaminan tersebut dinyatakan dalam Himpunan Kebangkitan Tentera di Padang Awam AU2 Keramat malam tadi yang disertai wakil Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) dari seluruh negara (klik).

Rata-rata mereka adalah mewakili Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) dari seluruh negara. Ada diantara mereka masih lagi bertugas telah meminta tentera dan bekas tentera menumbangkan Umno BN kerana menyifatkan parti itu sebagai 'biadab' terhadap bekas tentera.  Mereka menyatakan Umno BN tidak pernah menghargai jasa dan pengorbanan tentera sebaliknya hanya menggunakan undi tentera untuk mengekalkan kuasa mereka.  

Pengerusi Kerabat Pulau Pinang, Azizan Salleh menyatakan "Saya yakin hidup dan mati di tangan Allah, bukan di tangan Umno BN," katanya bersemangat di hadapan kira-kira dua ribu hadirin. Sementara itu Pengerusi Kerabat Kedah, Kapten Zamri Ahmad pula berkata pula berkata, bekas tentera mahu menumbangkan Umno BN, bukan menumbangkan kerajaan seperti yang didakwa pihak tertentu.

Dalam himpunan tersebut turut berucap ialah bekas Jeneral, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid, Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, Pengerusi-pengerusi Kerabat Sabah, Perak, Kelantan, Melaka dan Wilayah Persekutuan selain aktivis R, Jeming Hassan dan Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar’

Manakala pimpinan yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa PAS, Mazlan Aliman, Adun Kemahang, Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman dan Adun Pantai Jerejak, Sim  Tze Tzin.

Inilah yang membuat perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib bertambah pening kepala. Semakin Najib melambat-lambatkan pilihan raya, berbagai ‘bala’ yang bakal mendatang secara bertimpa-timpa. Deepak telah memulakan tindakan untuk menyaman terhadap Najib, hari ini (Ahad 24/02/2013) dikhabarkan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam akan pulang ke Malaysia. Beliau akan  menetap di sini disamping akan membantu Pakatan Rakyat berkempen dalam pilihan raya akan datang.

Jika benar apa yang dihajati oleh Kerabat itu disambut oleh anggotanya yang bersara juga anggota tentera yang bertugas, Najib boleh mula mengemas pejabatnya dari sekarang.



No comments:

Post a Comment