IKLAN

Monday 25 February 2013

NAJIB: SATU UNDI UNTUK PAS, PKR DAN DAP BAWA KEPADA KEHANCURAN

www.blogpingsite.com
Satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara,

Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam,  dan 

Satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam.

Itulah fatwa yang dikeluarkan oleh ulama Najib untuk memburuk-burukan ketiga-tiga parti politik dalam gabungan Pakatan Rakyat, PKR, PAS dan DAP. Inilah modal Najib yang diulang-ulang di majlis-majlis Umno BN bagi menakut-nakutkan orang Melayu jika memilih pakatan rakyat menggantikan Barisan Nasional.  Lebih teruk lagi apabila Najib menuduh parti DAP menindas agama Islam (klik).

Najib juga menuduh PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup melutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.  Beliau mempertikaikan lawatan  Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh semasa sambutan hari jadi Karpal yang terang-terangan menentang Islam. 

Sebelum mengata Nik Aziz, Najib kena cermin diri beliau sendiri, hanya kerana ugutan  Imam Chua Soi Lek MCA akan keluar dari BN jika Hudud dilaksanakan,  Najib terus membuat kenyataan bahawa  Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara rasminya telah menjawab tuduhan Najib yang mengatakan DAP menindas Islam (Sila Klik). Lim tanpa berselindung telah menyatakan bahawa Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam.

Lim mahu Najib memberikan  bukti terhadap tuduhan liar tersebut. Menurut Lim  kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun memartabatkan agama Islam dengan menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam berkali-kali berbanding dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak dibuat langsung sebelum ini. Lim menambah bagaimana  inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini untuk Islam oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini oleh pentadbiran BN boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam?.

Apa yang diperjelaskan oleh Lim tersebut bukannya kenyataan kosong.  Tindakan Lim  yang memberikan peruntukan yang besar kepada urusan agama Islam sangat dicemburu oleh Barisan Nasional.  Tindakan Lim ini telah menambahkan lagi sokongan rakyat Pulau Pinang kepada gaya pentadbiran Lim Guan Eng.  Tindakan baik Lim kerap di sabotaj oleh puak-puak mamak Penang. Orang Melayu faham mereka tidak termakan hasutan-hasutan jahat oleh puak-puak Umno, mereka tetap menyokong Lim Guan Eng.  Sebab itulah Najib cuba menabur racun ke minda rakyat terhadap DAP.

Buatlah apa yang patut Najib. Sekarang ini pun untuk membubarkan parlimen pun sudah letih, ke sana ke mari pun sudah letih, jangan sampai terlalu letih nanti 'piyap'.


No comments:

Post a Comment