IKLAN

Thursday 21 February 2013

TETAK SUAMI HANYA DISURUH SOLAT DAN POTONG KEMALUAN SUAMI KERANA CEMBURU

www.blogpingsite.com
Dua berita yang menggemparkan berlaku minggu ini iaitu Pertama: Isteri Disuruh Solat Tetak Suami dan Kedua: isteri memotong kemaluan suami.  

Kejadian pertama berlaku di Hulu Klang, Ampang, Selangor dimana seorang isteri telah menetak suaminya hanya kerana disuruh bersolat Zuhur.  Menurut suami berumur 49 tahun ini, isterinya  30 tahun adalah seorang yang panas baran.  Dikatakan sejak setahun isterinya selalu mendera beliau. Kejadian berlaku apabila suami pulang ke rumah dari berniaga telah menyuruh isterinya embahyang Zuhur.  Isterinya naik berang sehingga menyebabkan pertengkaran.  Isterinya telah pergi ke dapur dan mengambil pisau pemotong daging lalu menetak suaminya beberapa kali di kepala dan badan.  Suaminya hanya menahan dengan tangannya sahaja dan berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

Akibat daripada perbuatan isterinya itu mangsa menerima 20 jahitan di kepala dan badan. Suami telah membuat laporan polis Taman Melawati.  Isterinya telah menghilangkan diri.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada sang isteri ini.  Nampaknya syaitan telah menguasai dirinya sehinggakan tidak dapat ditenangkan oleh suaminya. Suami hanya mengingatkan supaya bersolat sahaja telah menimbulkan kemarahan yang amat sangat.  AllahuAkbar (klik) .

Kejadian kedua berlaku di di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, Jawa Tiimur, Indonesia lebih dahsyat lagi.  Seorang isteri yang curiga dan cemburu yang mengsyaki suaminya curang telah mengambil tindakan memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur.

Isteri yang cemburu tersebut telah bangun jam 4 pagi ketika suaminya sedang nyeyak tidur dalam bilik.  Isterinya telah ke dapur mengambil sebilah pisau dan kembali ke bilik lalu memotong kemaluan suaminya.

Akibat daripada perbuatan tersebut isteri mangsa telah ditahan dan suaminya telah menjalani di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep (klik).

Inilah dua kejadian yang menyayat hati yang tidak terfikir oleh kita boleh berlaku dan dilakukan oleh wanita bernama isteri terhadap suaminya.  Pertama hanya disuruh bersolat telah menimbulkan amarah yang tidak terkawal dan kedua kerana terlalu cemburu mengsayaki suaminya berlaku curang.

No comments:

Post a Comment