Selamat
berjumpa kembali. Genap seminggu tanjaktinggi
tidak membuat update kepada blog ini kerana bercuti di tempat tiada kemudahan
wifi. Sekembali ini terpanggil untuk
membuat beberapa ulasan ringkas mengenai beberapa tajuk iaitu 1) Sambutan Tahun Baru
Cina (CNY) anjuran BN di Penang dengan penghibur PSY Gangnam Style, 2) BR1M
akan dinaikkan sehingga RM1,000 3) Kesedian Pilihan Raya Ke 13.
Sambutan
Tahun Baru Cina (CNY) anjuran BN di Penang
Perdana
Menteri 1Malaysia, Datuk Sri Najib sunggub ego ketika menyatakan bahawa pakatan
rakyat (Lim Guan Eng) cemburu bahawa Barisan Nasional telah mendapatkan
penyanyi Gangnam Style, Psy untuk mengambil bahagian dalam Sambutan Tahun Baru
Cina (CNY) di Penang. Sikapnya macam
buda-budak.
Najib dengan keyakinannya
telah melaungkan sebanyak tiga kali ‘Are you ready for Psy’, Yes kata penonton.
‘Are you ready for Psy’, Yes kata penonton. ‘Are you ready for Psy’, Yes kata
penonton. Memandangkan gemuruhnya
penonton mengatakan ‘Yes’ Najib terus
mencelah (test card) ‘Are you ready for BN’ dijawab oleh penonton ‘NO’. Mungkin Najib tidak begitu yakin dan diulang
dua kali lagi pertanyaan ‘Are you ready for BN’ dijawab oleh penonton ‘NO’.
Inilah
dikatakan manusia boleh merancang tetapi yang mentukan ialah oleh Allah SWT.
Kerana terlalu ego maka Najib terlondeh sendiri. Kita tidak mahu menyentuh tentang laporan sebab-sebaba
mengatakan Psy tidak bersama Najib dan pemimpin BN mengaul ‘yee sang’. Najib
sehari selepas itu mengatakan majlis tersebut bukan majlis politik. Janganlah
memperbodohkan rakyat, kalu dah bertanya ‘Are you ready for BN’ bukan politik
ke?
Sementara
itu mengulas kejadian tersebut Setiausaha
agung DAP Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri sepatutnya sudah dapat menjangka
reaksi daripada kumpulan hadirin di majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang tersebut
sebelum bertanya sama ada mereka sedia
untuk memilih BN.
"Dia sepatutnya sudah menjangka jawapan tersebut, ia adalah disebabkan janji tidak ditepati BN," kata Lim kepada kira-kira 3,000 orang yang hadir di majlis rumah terbuka DAP sempena Tahun Baru Cina di Times Square Pulau Pinang.
"Dia sepatutnya sudah menjangka jawapan tersebut, ia adalah disebabkan janji tidak ditepati BN," kata Lim kepada kira-kira 3,000 orang yang hadir di majlis rumah terbuka DAP sempena Tahun Baru Cina di Times Square Pulau Pinang.
Nasib
kamulah Najib.
BR1M akan dinaikkan sehingga RM1,000
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Perdana Menteri sudah
memberi jaminan BR1M akan diteruskan dengan syarat Barisan Nasional (BN) diberi
mandat besar mentadbir negara pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Habis…
nak tolak BN, tolak rezekilah namanya,” katanya pada penyampaian BR1M Dewan
Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di FELDA Sri Jaya, di sini, semalam.
Suka
hati kamulah Muhyiddin. Yang kamu berikan
tersebut bukan wang kamu, tapi wang rakyat. Balunlah apa yang patut. Ini
semata-mata untuk mendapatkan undi setiap seorang 1 undi.
Kesedian Pilihan Raya Ke 13.
Apakah
jenis kenyataan Najib ini. Rakyat
sentiasa bersedia dan sudah lama menunggu sejak setahun lepas berharap parlimen
dibubarkan dan seterus pilihan raya Ke-13 diadakan. Yang tentu belum bersedia ialah Najib seorang sahaja.
Pihak keselamatan telah menyatakan telah bersedia, SPR juga kata sudah
bersedia. Pengundi dalam negara semua sudah sedia, atau
masih menunggu lagikah pengundi
luar negara akan datang dan balik mengundi?.
No comments:
Post a Comment