IKLAN

Saturday 16 February 2013

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong Hari Ini Jemput Datuk Seri Najib Dan Juga Datuk Seri Anwar Serta Pemimpin-Pemimpin BN dan Pembangkang

BlogPingSite
Hari ini 17 Februari, 2013 satu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina akan diadakan oleh Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Bangi. Datuk Seri Najib telah dijemput ke majlis tersebut. Memandangkan gabungan  itu tidak mahu dilihat sebagai ‘partisan’ maka jemputan telah diperluaskan kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan parti pembangkang yang lain. Presidennya, Dr Yap Sin Tian berkata “selain Najib, Dong Zong turut menjemput ahli politik dari kedua-dua belah pihak untuk menghadiri majlis tersebut, dengan harapan mereka akan memahaminya, dan dengan itu menyelesaikan masalah asas yang dihadapi oleh sekolah Cina”. Najib telah mengesahkan kehadirannya dalam satu surat JPM dihantar kepada Dong Zong.  Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengesahkan bahawa beliau akan hadir dan tiada masalah bagi beliau jika bertembung dengan Najib kerana beliau tidak berdendam dengan Najib.

Hari ini kita ingin lihat suasana di majlis ini adakah Najib bersama Rosmah akan hadir atau hanya Najib berseorangan atau adakah Anwar benar-benar akan hadir.  Kita juga ingin lihat bagaimana majlis ini akan diatur oleh Dong Zong bagi menampakkan ‘bebas’ tanpa ada sebarang kaitan politik. Adakah  Najib  akan dibenarkan naik ke pentas membuat ucapan dan mengambil kesempatan melaungkan perkataan yang sama semasa CNY di Penang ‘Are you ready for BN’.

Sekiranya Dong Zong mahu dilihat majlis mereka bebas dari politik mereka tidak harus membenarkan Najib memberi ucapan.  Mungkin ada diantara AJK mereka mahu mendengar Najib melaungkan janji-janjinya untuk ditepati berhubungh dengan isu sekolah Cina.  Kalau itu lebih penting tidak perlulah menjemput pemimpin parti pembangkang hadir sama dalam majlis tersebut.

Oleh itu sama-samalah kita tunggu cerita selanjutnya.

No comments:

Post a Comment