IKLAN

Friday 20 July 2012

Najib Kata Jangan Salah Pilih Pemimpin

Ping Blog
Selalunya sekira pemimpin mahu memberikan nasihat kepada sesuatu perkara demi kebaikan, pemimpin tersebut mestilah pemimpin yang peribadinya boleh diikut dan dijadikan contoh seperti kata Tun Mahathir, Kepimpinan Melalui Teladan (itu kata dia).

Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataanya mengingatkan rakyat supaya tidak tersalah memilih pemimpin kerana boleh mengakibatkan keamanan negara tergadai sekali gus menyebabkan rakyat hilang nikmat untuk melakukan ibadat.


Najib menyentuh pemimpin pembangkang tidak berakal, kurang ajar, mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 hingga ke Mekah dan Madinah yang mengakibatkan  kekurangan kouta haji, memporak perandakan negara.


Najib umpama mengeluarkan apa yang terbuku dihatinya menjelang Ramadhan.  Sebab itu keluarlah perkataan kurang ajar mungkin dia lupa perkataan  haramjadah. Sebenarnya slogan Tun Mahathir "Kepimpinan Melalui Teladan" tersebut masih lagi berguna jika mahu memilih pemimpin yang boleh diteladani. Dengan bahasa pasar ‘cakap serupa bikin’. Pemimpin yang mahu dipilih sekarang ialah pemimpin yang berakhlak, ada nilai-nilai islam, tiada skandal, rasuah dan salah guna kuasa.  Inilah ciri-ciri yang mahu dipilih.


Untuk tidak tersalah memilih pemimpin, maka perkara yang paling asas ialah memilih parti terlebih dahulu, antara Gagasan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) dengan Barisan Nasional (BN). Jika telah dibuat penilain dan mengasingkan kedua-dua  Pakatan Rakyat dan  BN maka secara otomatiknya  nampak jelas siapakah pemimpin yang akan dipilih.  Dalam BN orang Nampak hanya Najib dan Muhyiddin, itupun Muhyiddin sudah jarang-jarang. Pemimpin-pemimpin dalam  parti komponen boleh dikira penampilannya. Jika pakatan rakyat orang akan tergambar Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Nik Aziz yang lain mereka ingat juga.

Rakyat sentiasa menunggu dengan sabar untuk memilih pemimpin, cuma masanya belum sampai dan dizinkan Allah. Keputusan telah lama dibuat dan  tidak akan berubah walaupun menerima berbagai pemberian seperti BRIM (RM100, RM200, RM500, RM3000),  Teksi dengan 4 tayar, 1M4U dengan topi keledar, tok imam dengan jubah dan token  dan bantuan untuk membina rumah kampong berjiran dengan Felda.

Kenapakah  BN begitu prihatin dan bermurah untuk memberi semua itu kepada orang ramai selepas hampir 55 tahun  berkuasa. Ini kerana pakatan rakyat  telah mula kuat.  Pembangkang yang kuat akan menyenangkan negara. Oleh itu mahu atau tidak  terpaksa ikut rentak pakatan rakyat untuk agenda  memberi kesejahteraan untuk rakyat.

Rakyat akan menunggu dengan sabar tempoh bersara 55 tahun Umno BN,  sebab umur bersara 58 tahun dan 60 tahun yang terbaru hanya sebagai tempoh untuk menunggu  saja walaupun ianya umur bersara wajib.

No comments:

Post a Comment