IKLAN

Tuesday 10 July 2012

Kriteria Untuk Menjadi Perdana Menteri


Free blog ping
Untuk menjadi seorang Perdana Menteri, sesaorang itu mestilah pandai menipu dan berdolak-dalik, mestilah seorang yang mengamalkan rasuah dan juga salah guna kuasa.  Beliau mestilah hidupnya penuh dengan skandal termasuklah isteri anak-anak dan menantu dan juga besan (kalau ada). Perlantikan sebagai Perdana Menteri mestilah dengan jalan tidak betul bermula daripada pemilihan parti. Sekiranya berucap selitkan sedikit keburukan parti lawan. Kalau ada yang terbuku di hati, makilah 'haramjadah' sekurang-kurangnya dua kali.

Apabila memegang jawatan cipta slogan untuk negara "Kroni diutamakan, Rakyat nanti dulu".  Lantik menteri-menteri kitar semula yang kurang bijak dan bangang supaya tidak melawan tokey, kalau boleh yang boleh berdebat sehingga cakap putih kiri kanan bibir bagi mewakili PM.

Adakan pemilihan tender secara terbuka.  Selepas terpilih syarikat yang berjaya, guna kuasa sebagai PM lantik syarikat kroni.  Ramaikan penduduk dengan beri kerakyatan secara percuma kepada pendatang supaya boleh mencapai sasaran penduduk ke angka 70 juta.


Cari bakal-bakal menteri atau bakal menteri besar yang boleh pegang batang golf, tak pandai main pun tak apa. Jangan lupa yang boleh juga hisap cerut mahal.


Isteri-isteri menteri mestilah tidak memakai tudung dan boleh bersukan terutama badminton.


Sekiranya kriteria yang disebut di atas dipenuhi maka dianggap lengkap dan bolehlah  dilantik sebagai Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment