IKLAN

Wednesday 18 July 2012

Pemimpin Risau Kedudukan UMNO

BlogPingTool.com
Pemimpin Umno yang paling risau dengan sokongan kepada pakatan rakyat ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.   Semasa debat antara Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,  Datuk Saifuddin Abdullah  dengan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli  beliaulah orang yang lantang bersuara supaya  jangan membenarkan lagi mana-mana pemimpin Umno berdebat dengan pihak pembangkang.   Syed Ali sangat bimbang  diakhir-akhir ini melihatkan senario majlis-majlis pakatan rakyat seperti Himpunan Hijau Ke Putrajaya, Merdeka Rakyat begitu mendapat sokongan rakyat walau dimana diadakan.

Kebimbangan Syed Ali jelas terpancar apabila beliau mengingatkan  pemimpin Umno tidak berpeluk tubuh dan mahu tindakan agresif  menangani serangan pembangkang yang dikatakan semakin ‘mengganas’ menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.


Apa yang dipersoalkan di sini ialah dakwaan Syed Ali Alhabshee bahawa pembangkang  membuat serangan dan fitnah semakin ketara menerusi portal berita dan laman sosial dengan menjadikan pengundi baharu sebagai sasaran.  
Mungkin Syed Ali hanya membaca akhbar penjilat  atau membaca blog-blog  pro-Umno sebab itu beliau  tidak nampak laporan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin Umno BN. Pernahkah beliau dengar skandal kapal selam Scorpene, NFC (lembu Sharizat), FGVH (Felda), Projek LRT Ampang (George Kent/Najib) dan banyak lagi penyelewengan oleh Umno BN?.  Ini semua betul-betul bukan rekaan.


Memang saban hari berita kemungkaran Umno dikeluarkan di media pembangkang termasuk internet tujuannya adalah untuk menjelaskan kepada rakyat supaya lebih memahami berhubung dengan satu-satu isu kepentingan rakyat. Bukan media penjilat yang hanya putar dan spin isu.  Beliau risaukan pemimpin Umno dalam keadaan defensive (bertahan) untuk menangani isu.  Sebenarnya bukan defensive tetapi  tidak terdaya untuk menepisnya kerana isu-isu yang dibawa oleh pembangkang adalah fakta dan bukan auta.


Beliau juga mahu gulongan muda didekati. Yang jelas kaum muda sudah jauh meninggalkan  Umno BN.  Kalau diminta datang secara sukarela nampaknya pemimpin Umno BN  akan bercakap di hadapan kerusi kosong.  Kalau mahu penuh majlis keluarkan surat arahan supaya hadir dan janjikan ada topi atau T-Shirt dibekalkan termasuk makan minum disediakan sebagaimana Majlis Pelancaran 1 Malaysia For Youth (1M4U) di Esplanade KLCC 15 Julai yang lepas, ramai belia hadir.


Kepada Syed Ali, janganlah terlalu bimbang sebab peratus kemungkinan pakatan ke Putrajaya amat positif.

No comments:

Post a Comment