IKLAN

Monday 30 July 2012

Perdana Menteri 1Malaysia Paling Murah Hati

BlogPingTool.com
Hampir setiap hari ada sahaja bantuan, bonus, dividen yang diumumkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib. Pemberian tersebut bukan sedikit, tetapi berjuta. Beliau benar-benar mahu dilihat sebagai seorang Perdana Menteri yang perihatin berjiwa rakyat dan pemurah. Baru-baru ini Najib mengumumkan pula pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada semua peneroka Felda. 

Pemberian tersebut meliputi peneroka bersama Felda seramai 103,597 peneroka diberi RM400 seorang dan tidak bersama Felda seramai 9,038 peneroka dibayar RM200 seorang. Peruntukan RM41.4 juta kepada peneroka bersama Felda dan RM1.8 juta yang tidak bersama Felda.

Disamping pemberian kepada peneroka Felda, Najib turut mengumumkan sagu hati kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.

Apa yang menjadi persoalan ialah tabung manakah yang dikorek oleh Perdana Menteri 1Malaysia dan merangkap Menteri Kewangan.  Sebelum  ini apabila ditanya kemungkinan  pegawai kerajaan diberi bonus, Najib menjawab “tengoklah kita semak buku dulu kalau ada kita berilah”, tetapi kalau untuk Felda peneroka tidak mintapun tiba-tiba terus mengumumkan pemberian duit raya.  Kita faham nyawa Umno BN bergantung kepada Felda, apa yang dibimbangi ialah sekiranya peneroka mengluarkan fixed deposit mereka dari Umno.  Menggigit jari pula.

Menjelang Aidilfitri ini banyak lagi pengumuman akan dibuat oleh Najib untuk tranformasinya membantu rakyat. Terdapat masih ramai lagi rakyat marhein  yang belum merasakan bantuan seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), mungkin sedang difikir atau dalam perancangan.  Oleh itu  jangan terperanjat jika selepas ini kelihatan orang ramai beratur di Stesyen Sentral untuk menerima wang tambang pulang raya.  Tunggu.

No comments:

Post a Comment