IKLAN

Monday 16 July 2012

Latheefa Koya Letak Jawatan Ahli MBPJ, Tunggu Apa Hendak Diputar


BlogPingTool.com
Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta merta. Tiada sebab yang jelas berhubung dengan perletakan jawatan beliau, cuma apa yang dinyatakan ada ura-ura untuk menyingkirkannya daripada MBPJ maka beliau bertindak  meletak jawatan lebih awal.  Apa yang dilaporkan itu saja penyebabnya kepada perletakkan jawatan Latheefa.  Mungkin ada penyebab yang lain yang belum mahu dirungkaikan.


Apa yang saya laporkan bukanlah isu perletakkan jawatan Latheefa sangat, tetapi ingin melihat apakah tindakan pencacai  Umno  dan media penjilat Umno BN mengambil kesempatan dan peluang ini untuk memutarkan isu ini. 


Ahmad Maslan juga sudah pandai putar-memutar apabila beliau melapurkan kehadiran peserta Himpunan Oren dalam tweeternya dihadiri oleh 1,000 orang sahaja padahal angkanya  mencecah 7,000 orang, munkin beliau telah mempelajarinya daripada Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan cara putar-memutar.  

Oleh itu kita tunggu saja perkembangan lanjut apakah yang akan diputar (spin) oleh mereka.

No comments:

Post a Comment