Bersih 2.0 tetap Bersih tidak kotor
dan tidak menjadi satu himpunan haram.
Yang mengatakan haram ialah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengisytiharkan
gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9
Julai.
Bila Besih 2.0 menjadi bersih maka Bersih 1.0 dan
Bersih 3.0 juga menjadi putih bersih dan tidak kotor. Hanya Bersih 4.0 yang kotor diketuai oleh
orang-orang yang bangang.
Pertama: Walaupun perisytiharan gabungan
Bersih sebagai haram itu dibuat, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan
pegawai BERSIH,
Kedua: Terdapat rundingan antara
pemohon (Bersih) dan responden
(kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai,
Keempat: Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah
membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan
pada 28 April yang lepas.
Amat jelas Hishamuddin telah
menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk menyekat apa yang diperjuangkan oleh Bersih yang hanya mahukan satu pilihanraya yang adil dan bersih dalam
sebuah negarademokrasi, dengan membuat
pengisytiharan Bersih sebagai satu ancaman kepada keselamatan
negara.
No comments:
Post a Comment